Wednesday, December 19, 2012

Saya sayang karya saya (entry syok sendiri # 2)

Meh menceceh lagi (masih dlm mode syok sendiri :P)

Kali ni saya nak kongsikan kenapa saya sayang novel kedua saya iaitu Kenangan Terindah (KT) Sungguhpun saya tahu, ramai pembaca di luar sana yg meletakkan KT di ranking yg tercorot dlm senarai favourite mereka tetapi KT tetap istimewa di mata hati saya... ahaks!

And why is it special?

1) Because KT was my first attempt as a novel writer!!
Ini sebenarnya satu rahsia (err... now it's a well-known secret...sbb semua org akan tahu...hu hu)
KT sebenarnya ditulis sebelum MK. Satu rahsia yg sudah tidak rahsia lagi...hehe. Saya mula menulis KT pada March 2006 dan siap pada Ogos 2006. Menyerahkan kepada editor dalam bulan yg sama. Tetapi memandangkan saya penulis baru... manuskrip pun harus dinilai terlebih dahulu, so prosesnya memakan masa yg agak panjang. It might take months... or even a year. Jadi saya pasrah saje. But I didnt gave up. Malah, tambah bersemangat utk menulis lagi.
Maka pada September 2006... setelah sebulan menghantar KT ke editor, saya memulakan penulisan MK pula selama 6 bulan seterusnya. Bila MK dah siap (at that point of time, KT masih dinilaikan dan belum tentu bila akan diterbitkan) saya pun dengan nekadnya menghantar MK kepada editor pada June 2007. So far, u all boleh follow cerita saya ni, kan? Tak confuse kan? Hehe.
Masa tu, saya ckp pada editor Kak Wan Rohana, "Saya dah serahkan dua manuskrip, terpulanglah kepada budi bicara Kak Wan nak terbitkan yg mana satu dulu. Yg mana tak diterbitkan tu... pulangkan kpd saya, biar saya cantikkan lagi."
Setelah dinilaikan dua bulan selepas tu, pada bulan Ogos 2007... saya diberitahu yg MK akan masuk que terlebih dahulu. Jadi, saya ambil semula KT... took my own sweet time to make it a better manusript. Selama sembilan bulan seterusnya, saya berusaha untuk mencantikkan dan memperkemaskannya (sehingga KT ada 7 versi dlm laptop saya... hehehe) Bila saya betul2 berpuas hati dan yakin, saya serahkan KT kembali ke tangan editor pada May 2008. Dan Alhamdulillah, KT diterbitkan pada November 2008. KT sebenarnya adalah permulaan dalam perjalanan saya sebagai penulis novel...
Sebab itu, saya sayang KT :)

2) Tema dan plotnya
Walaupun ramai yg kata tema KT sungguh klise...(the heroin ended up with her ex-boy friend's best friend! Boring!!! :P) tapi bagi saya, ia ada keunikan tersendiri. How Marisa and Akmal fell in love with each other without they realize it. The feeling comes naturally. Sedar-sedar, ada bunga2 cinta pulak tetiba. Dan saya enjoy menulis plot2 bagaimana Marisa main tarik tali dengan Akmal. Hati rasa suka... tapi buat2 jual mahal. Akmal pulak, memang dah tersuka Marisa, tapi tak nak terus terang... asyik bagi hint aje ;) I found that very cute, sweet, natural, real and very original... (kan dah beritahu tadi... saya dlm mode syok sendiri!! hehe)
Sebab itu saya sayang KT...;)

3) Because KT was an experiment
Apabila MK sudah berada di pasaran, saya menerima pelbagai feed back daripada pembaca. Ada yg suka MK kerana jalan ceritanya. Dan ada jugak yg tak boleh 'masuk' dgn MK kerana terlalu fast pace. Maka tempoh yg panjang menghadap KT, saya gunakan sepenuhnya utk menyusun semula rentak KT ni. Tu yg timbul idea, untuk me'melodrama'kan KT... supaya pembaca yg tak suka cerita fast pace akan tertarik utk baca KT pulak. Basically, I was just experimenting... saje nak mencabar diri menulis cerita yg melankolik sikit. Kalau boleh, nak kasi tangkap leleh sikit... atau kasi membuai-buai jiwa sikit... hu hu. Dan Alhamdulillah... akhirnya KT diterima oleh sebilangan pembaca dan saya terima komen2 yg memberangsangkan utk scene tangkap leleh dan jiwa terbuai-buai tu. Kiranya, eksperimen saya utk KT ini berjaya juga...
Sebab itu, saya sayang KT... ;)

Dalam ramai2 pembaca yg kata KT is UNBEATABLE... and should be my BENCHMARK... tapi ada juga yg melahirkan rasa kesal dgn KT yg mereka anggap terlalu melodrama... cerita Melayu habis!! Hu hu.
Walau apapun pendapat anda sebagai pembaca, saya hormati dan hargainya.
Tapi kalau tanya kepada saya, saya akan tetap kata... saya sayang KT, after all the efforts I have put in. Kerana yg pastinya, ada 'kenangan terindah' yg terlakar dlm KT itu.

P/S: Bila agaknya anda bersedia untuk entry syok sendiri # 3 saya ... iaitu Cinta Tak Beralih (CTB)? ;)
My most controversial novel.... ahaks!

No comments:

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...