Thursday, December 27, 2007

Berakhirnya Satu Penantian...

There is a saying goes… “Your first novel is like your first baby!” And I agree with it 100%! Perasaan berdebar, letih menunggu, gembira, risau, teruja… semuanya bercampur aduk tatkala menunggu terbitnya novel saya, cuma tak ada contraction jer! Dan selepas menghadapi sedikit kelewatan, menghitung hari, menahan debar di dada, tidur pun tak berapa lena... akhirnya, penantian saya berakhir dengan lahirnya Melodi Kasih.

Alhamdulillah… kini Melodi Kasih sudah ada di pasaran. Walaupun ada masanya, saya masih tertanya “Eh, betul ke novel yg aku tulis tu dah keluar?” Antara percaya dan tidak… antara suka dan terharu.

Anda di luar sana, sudi-sudikanlah membeli dan membaca. This is how the cover looks like…presented by ALAF 21… (jgn salah beli, ye? Hehe) Go and grab one! And tell me what do you think of it. Sesungguhnya, saya akui, first attempt saya ni masih terdapat byk kekurangan dan mungkin juga ada kesilapan. Apa-apa pun, saya mohon maaf dan berilah komen yg sewajar dan sejujurnya agar saya dpt membaiki kelemahan yg ada.



MELODI KASIH
Harga: RM18.00

Penulis: Hezzy Azra
Halaman: 480
ISBN: 978-983-124-327-5
Sinopsis: Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah dilahirkan pada bulan yang sama tetapi menerima takdir yang berbeza-beza. Warna-warna cinta mereka juga tidak sejernih titisan embun.
Zahara yang pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. Namun sampai bila?
Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pada percaturan keluarga, menerima Taj sebagai suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.
Istana cinta yang Iman bina bersama Huzir memekar bunga-bunga sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pada cinta yang ikhlas mereka berpaut. Teguhkah cinta itu?
Ahh... Sukarnya mengungkapkan kata cinta. Tatkala ucapan cinta dilafazkan, bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan. Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir, mudah juga dipersendakan. Lantas, tegakah insan-insan ini berhadapan dengan kemelut cinta masing-masing? Dalam benci, ada sayang. Akan ketemukah kebahagiaan yang didambakan?


Untuk langganan: sila layari www.alaf21.com.my

11 comments:

jogi said...

Tahniah!
Mesti dah lega, kan? Ada mimpi apa-apa tak malam tadi? ;)
On jugalah PC walaupun MC...
semata-mata sbb xnak terlepas ucap tahniah.
Teruskan usaha! Aja! Aja!

Hezzy Azra said...

Jogi - terima kasih...dlm MC2 pun bersemangat nak on PC!
akak tak mimpi apa2, tapi AHA yg mengigau mlm tadi... ntah2 ngigau novel emaknye kot! haha

Lynn Dayana said...

Hai Hezzy...
Alhamdulillah, kiraan matematik hari tu tak lari jauh ya! Hehehe... Tahniah utk melodi hezzy. Hehehe

jogi said...

Ok, nak sambung lagi ni... Lepas ni bolehla teruskan untuk projek yg ke-3 ye... Dah tak ada masalah kut, sbb dah tak perlu menghitung hari, minit dan saat!
Pastikan 'sidia' tak menyamai watak 'hero misai melintang' tu... ;)

eses6456 said...

Setinggi-tinggi tahniah! Hari ini hilanglah segala keraguan...you've established yourself as a writer but...the only downside is you cannot have Fariq to yourself anymore, he now belongs to your readers...hehehe...

Hezzy Azra said...

Lynn Dayana - terima kasih! mmg kiraan matematik tu tak lari jauh. boleh dikira dgn 10 jari... mujur tak payah guna calculator! hehehe

Hezzy Azra said...

Jogi - 'hero misai melintang'?? oh tidak sama sekali!! nnt heroin nye terpaksa pakai tudung senget pulak! hahaha

eses6456 - setinggi-tinggi terima kasih. u r right, the downside is damn devastating! I cant have 'Fariq' all by myself anymore...sob sob!

imel said...

Congrats, babe! Will get it ASAP. nak tengok betapa jiwangnya u... :p

Hezzy Azra said...

Imel - thanx girl! Go and get it, read it... and you'll be surprised how 'jiwang' I can be! hahaha....

Laki Kawan Hang said...

Congratulations!!! Jackie Collins in the making huh!! Next novel....ask for an advance...a big one...

Hezzy Azra said...

Laki kawan hang - thank u very much... harap2 masin mulut jadi Jackie Collins! Btw, dah baca ke belum MK ni?

P/S: 'laki kawan hang'? kawan yg mana ni? hehe...

Antologi Cinta Dia 2 - Marry Ku Ril?

Memandangkan dah lama tak blogging, maka lama jugaklah tak share ttg buku sendiri. So skrg ni barulah terhegeh-hegeh nak promote buku saya...