Saturday, November 29, 2008

Trionovel November 2008

Ini 'kembar' Kenangan Terindah. Jangan lupa untuk dapatkan di pasaran.


KAU TETAP DI HATI
Harga: RM19.90
Penulis: Liza Zahira
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-394-7

Sinopsis:
TERPERANGKAP di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.

Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akhirnya menjadi suami. Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri.

Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.

Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?



SETEGUH CINTA
Harga: RM19.90
Penulis: Durrah Fatiha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-399-2


Sinopsis:
MAHLIGAI bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.


Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ‘househusband.’ Untuk mengelakkan rumah tangga terus berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan. Perpisahan itu mula menimbulkan kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati.


Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini. Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Thursday, November 27, 2008

My 16 years of craziness...

Hari ni saya akan memperbaharui lesen memandu buat kali yg ke 16. Bermakna... dh 16 tahun saya jadi drebar/supir/chauffeur... kpd arwah abah, mak, kakak2 saya esp kakak yg kedua, mak saudara, anak saudara, adik ipar, kawan2, ofis, bos, anak dan suami! Wah... begitu banyak sekali tanggungjawabku! Haha


Honestly speaking... I dont mind at all. It's all because I enjoy driving so much. Walaupun ada masanya, datang jugak angin malas tiba-tiba. And that can be detected by my husband. Ayat2 seperti... "Apasal drive terhegeh-hegeh ni?" "Kalau macam ni you drive, esok pagi pun tak sampai lagi!" "Macam baru semalam dapat lesen jer..." pasti akan kedengaran. Itu maknanya cara pemanduan saya tidak mencapai standard piawaian dia. Penyebabnya, saya tgh malas maka saya drive pun macam nak tak nak aje. Dan dia cukup berbulu kalau saya drive gaya entah apa-apa tu.



Tapi selalunya mood saya untuk driving memang sentiasa ada. Esp when I have a mission to accomplish i.e tailing another car! (I just love doing this...haha) Confirm ayat2 sebegini akan keluar dari mulut husband saya... "Nak racing la tu... apa lagi!" "Cepatlah pergi kejar kereta tu... and please dont disapoint me or disgrace my car!" "Tekan lagi minyak... maintain the speed... 140km/h but not more than 160km/h." Siap dapat green light lagi tu! Dont blame me for driving fast... I have a strong support from my husband. And that's the reason why I fell in love with him... he's been very understanding towards my desire and passion! Haha



Kalau orang lain, selalunya bila baru-baru dapat lesen aje yg jadi gila stereng. Tapi saya ni, dah 16 tahun pegang lesen pun masih lagi dengan kegilaan itu. Saya pernah drive secabuk-cabuk Suzuki Jimny, sebesar gedabak Isuzu Trooper dan Toyota Prado, kereta Malaysia, kereta Jepun, kereta Sweden, kereta France, kereta German, kereta Itali. Tetapi saya masih tak puas hati. Sebenarnya masih banyak lagi jenis kereta saya cukup teringin, teruja dan berkobar-kobar nak test-drive (sebab nak beli, tak mampu... so, test-drive aje la kan... hehe)



Dan kereta terbaru yang saya test-drive...







It's the 2.0 litre with 155 bhp Mitsubishi Lancer GT!


Tercapai jugak cita-cita murni ini... bila saya dan suami memandunya di LDP.... huhu.


And what is the next car to test-drive? Kena tengok list ni...
Hmm... Could it be the Skyline or the Fairlady?? Ahaks!

Tuesday, November 18, 2008

Bila tak de kerja...

Bila tak de kerja...












This is it... the Peugeot 407!



Latest car that we both tested! (Macam bunyi car reviewer pulak! Hehe) Despite hujan yang lebat masa tu, saya dan suami masih buat kerja gila. Insisted to drive this car. Sedap aje kitorg lenjan, sebab nak tahu, best ke tak keta ni bila memandu dlm hujan lebat. And no doubt, French cars are known for it's good suspension.

2.0 litre with 140 bhp. Mcm2 gadget/features ada... GPS la, entah apa ke benda lagi. Spacious and has 7 air bags. In terms of safety and security, kira bagus la tu. With the price of RM 133,+++... I must say it's a good buy. I'm quite impress with it, actually. Although it's quite bulky for me... but it's easy to maneuver. Sebab tak mampu nak pakai kereta made in German, may be we should satisfied with just French cars...


Tapi nak beli?? Kena fikir 1000 kali sebenarnya. Harus compare dgn kereta yg seangkatan dengannya baik dari segi performance dan harga. Dan adakah ianya satu keperluan untuk kami? Dan sekiranya satu keperluan, mencukupi tak dengan budget kami yg selalunya tak cukup tu! Hehe







Next project... nak test drive kereta ni pulak. Memandangkan Mitsubishi Lancer Evo mahal sgt... sehingga mencecah RM 3++,+++... dengan sedar dirinya, kami akan cuba untuk test drive Mitsu Lancer GT ni saje. Well, at least we satisfy ourselves...


Inilah kerja kami bila dah tak de kerja...

Friday, November 14, 2008

Tagged by Iris Ixora...

TAG - The face reveal -

Kali ni, Kak Iris pulak yang tagged saya... (ni la keje kita ye kak... tag-mentag! hehe)


1.take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now

2.don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture

3.post that picture with NO editing

4.post this instruction with your picture

5.tag 10 people to do this.


Unfortunately, I dont have any camera with me at the moment. Tapi setelah saya cari2 dlm lap top... terjumpalah gambar terakhir yang satu ni. Saya ambil ketika berlangsungnya Pesta Buku Alaf21 pada 2 November 2008 bersama Lynn Dayana dan Dhiya Zafira... (serta anak buah Dhiya yg kami panggil 'abang')


And since the rule says... dont change your clothes, post tat picture with NO editing...

maka dengan itu, saya tidak dapat mengelak bila blouse saya serupa aje dgn table cloth tu!
Saya nak tag sapa pulak ye? 10 org tu ramai sgt... 3 cukup la!
~Dhiya Zafira
~Fadilah Diyana
~Raudhah

Friday, November 07, 2008

Chapter 47 ~Page 353

Full lyrics of Ready Or Not...



I'll give you the sun, the rain, the moon, the stars and the mountains
I'll give you the world
And all that you wish for
And even more
Girl I love you more than you could know
And that's for sure
I'd climb the highest hill, cross the widest sea
Nothin could discourage me
And I pray that you will be
Always there for me
Forever more, ohh ohh ohh



Chorus:
Ready or not
I'll give you everything
And more
All that I've got--it's yours
I'll give you everything
All that you're looking for



I'll give you my heart, my soul, my time, my love is a fountain
I will be your earth
Oooo and all that you need for
And even more
Cause girl I love you more than words can show
My love is pure
I'll walk a thousand miles, sail a thousand seas
Nothin will discourage me
And I pray that you will be
Always there for me
Forever more


Ready or Not (Don’t you know, don’t you know you should know?)
I’ll give you everything—ooooo
And more—I’ll give you more, you’ve got to know it baby
All that I’ve got—baby it’s your little girl
I’ll give you everything -– every little thing
All that you’re looking for.


Oooohhh everything is not anything
If your not here to share my dreams
You don’t know what it means to me
If you’ll accept my love
Oooohh I dedicate my love, my soul, my heart beats for you

Girl I can’t get enough
So I wait for your love
There’s nothing that I rather do


Lagu tangkap cintan nih! Hehe

Saya pernah menggilai lagu ni satu ketika dulu. Pertama kali saya dengar lagu nyanyian After 7 ciptaan Babyface ni, rasa syok gila! Mungkin pada tahun 1989/1990 kot (masa tu saya bukan bersekolah rendah, tapi form 4/5... hehe) Woow... tat is almost 20 years ago!

Melodi lagu ni mmg mendayu... liriknya pun lentok abis la kiranya... sesuai la utk pasangan yg hangat bercinta... hehe

Tapi kalau hayati lirik lagu ni... secara logik dan waras... saya terfikir beberapa perkara.

1) Why would I want to be given the sun, the rain, the moon, the stars and the mountain??? Awat la nak menyusahkan diri? Nak buat apa matahari, hujan, bulan, bintang, gunung ganang, segala... it's not tat I want to rule the world!

2) Why should you climb the highest hill, cross the widest sea?? Tak gayat ke? Pandai sgt ke berenang?? Swimming pool 1 meter tu pun belum tentu boleh lepas...

3) Why do you have to walk a thousand miles, sail a thousand seas?? Nak jadi peserta marathon ke nak bercinta? Nak belayar macam Datuk Azhar Mansor? Tak mabuk laut ke nanti?



But still, I must admit... there are a few beautiful lines in this lyrics (yg saya bold kan tu!) Yang pada pendapat saya, boleh diterima dek akal... yg boleh digunapakai, yg berpijak di bumi nyata, bukan di awang-awangan, quite rationale.

If you love someone, you might want to give everything, not just anything...and you will always pray tat he/she will be there for you... forever more. You cant get enough, so you'll just wait for his/her love... there's nothing elso that you'd rather do, anyway!



Agree with me??

Friday, October 31, 2008

Pesta Buku Alaf21

Pesta buku ALAF 21 kembali lagi. Bermula hari ini Jumaat 30 Oktober hingga Ahad 2 November 2008.








Datanglah beramai-ramai... insyaALLAH saya akan menyertai anda pada hari Sabtu dan Ahad (1 & 2 November). Jumpa di sana...



... kerana saya ada sesuatu untuk anda yg mengikuti hasil penulisan saya selama ini...


Taraaaa...











Alhamdulillah... novel terbaru saya sudah 'dilahirkan'. Terima kasih kepada ALAF 21 yg sudi menerbitkan karya kedua saya ini. Buat permulaan, ianya akan berada di rak buku premis ALAF pada esok 1 November hingga lusa, 2 November SAHAJA. Kenangan Terindah hanya akan berada di pasaran luar pada pertengahan bulan November. InsyaALLAH...









Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.



Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.
Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirim­kan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.
Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah ke­liru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?

Tuesday, October 28, 2008

Sepanjang Syawal

Syawal pun dah nak sampai ke penghujungnya. Sepanjang sebulan ni, memang saya agak sibuk... sibuk beraya... hehe. Jemputan rumah terbuka tiap-tiap minggu mesti ada.

Bermula dengan...


7 Okt - Rumah novelis Kak Eka Fahara. Open house cum farewell dinner utk novelis Laila Kamilia.




11 Okt- Rumah mak saya. Open house cum birthday party AHA. Saya tak sempat bergambar kerana mendapat kontrak mencuci pinggan mangkuk/periuk belanga di dapur! Cuma sempat ambil gambar AHA di samping keknya saje.




12 Okt- Tiga jemputan rumah terbuka. Gambar di bawah ni, salah satu daripadanya.




18 Okt- Rumah Along saya. Pun tak sempat bergambar... sibuk sangatlah gamaknya! AHA saje yg berposing di samping sepupu saya.





19 Okt- Empat jemputan... tapi sempat pergi tiga saje. Salah satunya, rumah kakak ipar saya. Gambar di bawah ni, saya dengan anak dia. Mamanya sibuk melayan tetamu, saya pun tolonglah layan anak dia sekejap.




23 Okt- Majlis Hari Raya di premis Alaf 21.




25 Okt- Satu rumah saje.





26 Okt- Ada tiga jemputan. Tapi dah tak larat nak pergi. Kami sekeluarga diserang batuk dan selsema. Enough of open houses! With all the rich and oily food... I think I have gained back the 2 kilos which I have lost in the month of Ramadhan... uhuk...uhuk!
Kena makan semula makanan yg berkhasiat dan tidak menggemukkan. But what is healthy food?... Hmm.... bubur nasi dan sup, kot!

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...