Thursday, November 24, 2016

We are the PoKers (Poreng Kertas)


I'm back after few months of silence.... which is not something new ;)

Bukannya tak ada apa nak diceritakan...banyak benda nak dikongsikan. Up to one extent I don't know which story to share...  so I decided not to share ;)

Tapi kali ni nak citer sikit pasal Poreng Kertas. Ada yg tnya saya...siapa punya Poreng Kertas ni? Bosnya siapa? Penulisnya siapa? Poreng Kertas terbit buku siapa?

Jawapannya:

Poreng Kertas ini dimiliki oleh saya, Lynn Dayana dan Dhiya Zafira. Dalam Poreng Kertas @ PoKers (nama manja kami...hehe) TIDAK ADA BOS. Kami semua bos...kami semua kuli...hehe (we are the blue collars as well as the white collars)

Buat masa ini kami TIDAK ambil karya penulis lain. Kami berempat ni ajelah penulisnya. Sendiri tulis, sendiri terbit, sendiri jual...one woman show gitu!

Itulah serba sedikit ttg latar belakang Poreng Kertas yg sudah pun menerbitkan 2 novel dan 1 antologi setakat ini.

ANTOLOGI CINTA DIA - Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Hezzy Azra
CINTA TERLEBIH GULA -Lynn Dayana
MENANGISLAH CINTA - Aleya Aneesa



MENANGISLAH CINTA karya ALEYA ANEESA baru diterbitkan September 2016.
Muka2 ahli Poreng Kertas


Me with the three products of Poreng Kertas

KIEF by DHIYA ZAFIRA... produk Poreng Kertas yg terkini. Bakal terbit Disember ini. Pre-order masih dibuka hingga 15 Disember 2016. 
Kalau nak order boleh email saya ye.. :)

Atau sebarang pertanyaan boleh email ke: porengkertas@gmail.com

Thursday, July 21, 2016

Novel terbitan PorengKertas

Terbaru dari PORENGKERTAS!!!

CINTA TERLEBIH GULA karya LYNN DAYANA bakal menemui anda hujung JULAI ini!!

Jom pakat order!!
Anda boleh email saya: Hezzy_azra@yahoo.com

Blurb : Cinta Terlebih Gula
Cinta bukan mainan. Hati bukan untuk diseksa. Janji? Janji memang bukan untuk didustai.
Tapi sayang, kita tiada magis untuk melihat masa depan. Kau ada? Aku tak ada. Sebab itu berlaku Cinta Terlebih Gula.
Zahra: Bila gelojak rasa terlebih, timbang tara pun jadi rosak. Dia suka aku, aku tak mahu dia. Bila aku dah mula suka gila kat dia, berani dia tak suka aku! Mana boleh suka-suka macam tu!
‘Hati ini bukan organ semudahnya kau pianokan. Kau rosakkan ritma, kau hancurkan nada.’
Wafi Ady: Aku, original manusia. Sebab itu aku ada khilaf, defect sana sini. Gagal kelulusan Sirim. Tapi aku ikhlas bila aku kata...maafkan aku, marilah mula kembali pada mukasurat satu.
‘Aku ini Adam, yang terleka. Berdosa namun janji mahu kembali setia pada Hawanya.’
“Aku, Zahra. Bukan Hawa... Kau tiada kuasa pengaruhi aku.”
“Aku, Ady...punya cita-cita menjadi lelaki pertama dan terakhir kamu. Sila register itu!”
Jadinya, harus bagaimana cerita ini ditamatkan? Kau tahu? Aku tak tahu. Sebab itu kena khatam dahulu.

Wednesday, July 20, 2016

Bakal diadaptasi!!

Syukur Alhamdulillah...setelah hampir setahun DAJ 'dilamar' oleh dua production houses untuk dijadikan drama dan telah pun dihantar ke dua stesen televisyen... akhirnya DAJ menjadi milik A.Aida Production dan akan disiarkan di saluran RTM.

Tetapi slot apa, bila tarikh siaran, siapa yg bakal pegang watak Zakhif, Syirin dan Lt. Jen. Hambali... semua tu belum boleh saya jawab lagi. Poster ini sekadar proposal penulis skripnya. Masih jauh 'perjalanan' DAJ sbb belum pun mula shooting lagi!! :)

Biar siapa pun barisan pelakonnya... let's hope that the actor/actress dapat menjiwai watak Zakhif, Syirin dan Lt. Jen Hambali. Bagi saya, emosi dalaman Zakhif, Syirin dan Lt. Jen. Hambali sgt penting untuk menghidupkan watak. Semasa menulis DAJ, saya tak ambil kisah sgt dari segi lokasi, tempat2 menarik or anything related to that. Sbb saya bukan tulis travelog....hehe. Tapi DAJ saya tulis dgn penuh mainan emosi dan pemikiran utk setiap karekternya. Adaptasi bukan sekadar mevisualkan apa yg saya tulis dlm DAJ tu... tapi memberikan gambaran yg tepat ttg emosi yg dialami oleh watak2nya di dlm beberapa situasi. Jadi, siapa pun pelakonnya... harap2 lakonan mereka boleh memberikan impak yg mendalam kpd sesiapa yg menontonnya nanti. Harap2 pengambaran drama ini nanti berjalan lancar. Harap2 drama ni nanti meletopsss (sbb saya tak sampai hati utk kecewakan pembaca2 tegar DAJ dan peminat2 Zakhif - Syirin...hehe)

Sebenarnya drama adaptasi novel ini sgt besar risikonya... it's either meletops or it's a flop ! ;)
But despite all that, as a small time writer, it has always been a dream to see my novel being adapted into a film/drama. Sudah tersurat... akhirnya novel ketujuh saya yg terpilih. And I hope... this is a start to another career path. Mudah2an lps ni... menyusul pula Aku Pilih Dia, Sah Aku Cinta Kamu, Semerah Red Velvet, Cinta Tak Beralih, Melodi Kasih dan Kenangan Terindah di skrin tv atau panggung.... amin.

Tuesday, July 19, 2016

Projek biskut kelapa

Haaa... tadi saya kata nak share apa yg saya sibukkan sgt spjg bulan puasa kan? 

This is it!! 

Projek buat biskut kelapa!! Hahhaah


Sebahagian drp tempahan yg saya terima.
 Akhirnya oven yg berusia hampir 20 tahun ni being full utilised. Infact... utilised to the max!! :)
 Ini pula tempahan utk yg taknak dalam balang. Box kecik mcm ni je. Sesuai utk letak dlm hamper atau goodies bag.
My last tray of biskut kelapa on the 21st Ramadan.

Saya menjual biskut raya pulak ke?
Jawapannya ye... saya buat dan jual biskut kelapa resepi mak saya. Tetiba aje pulak terjun dlm dunia baking and entrepreneur ni ye? ;)

Alkisahnya begini...

Biskut kelapa ni mmg kuih raya tradisi keluarga kami. Masa saya kecik2 dulu mak saya buat biskut ni tiap kali raya. And over the years...kami adik-beradik mengekalkan tradisinya hinggalah bila kami dah kahwin. Bila dah beranak bagai... dah cecah '3,4 and 5' series semuanya jadi malas nak buat biskut raya lagi. 'Biskut tunjuk' pun berlambak...so beli ajelah. Lagi senang, kan? Tak payah nak berpanas2 tepi oven membakar biskut, ye tak??

Suddenly, tahun ni saya rasa mcm dah lama benar tak makan biskut kelapa yg rasanya sama macam yg kami selalu buat dulu. Jadi...timbullah keinginan nak buat masa raya tahun ni. Dan bila saya ckp kat mak dan kakak saya... they were all very supportive of the idea. Siap order berbalang2. Tu yg buat saya rasa...ok lah... I take all the orders and start making this as one of my part time income.

Maka bermulalah saya bukak order pada kengkawan rapat dan kwn2 pejabat. Dan syukur... responnya agak bagus for a first timer baker mcm saya ni. Saya pun tak target beratus-ratus balang sbb saya sedar kemampuan dan kapasiti saya. Aiyoo... penat jugak weh...lenguh tangan menguli tepung. Dahlah tangan I kecik jer...:P.

Tapi dapat order close to 100 balang... saya dah kira itu yg terbaik dan termampu saya buat. Alhamdulillah.... rezeki yg ALLAH berikan utk saya.

Kalau diberikan kesihatan yg baik... mungkin tahun depan saya buat lagi projek biskut kelapa ni utk hari raya. Tapi kalau ada yg nak tempah through out the year as door gift atau saja suka2 nak buat kudapan dpn TV... anda boleh mesej atau email utk order....
Email: hezzy_azra@yahoo.com
Instagram: Hezzy Azra.
Facebook: Hezzy  Azra

Salam Aidilfitri...

Assalam semua... dah 14 Syawal, barulah saya sempat bersiaran di blog sendiri...:)

Sebenarnya sepanjang bulan puasa hari tu saya agak busy working on something. Nanti saya share apa yg saya sibukkan sgt tu... ;)

Rasanya, belum terlambat lagi kan kalau saya nak ucapkan Salam Aidilfitri kpd semua yg menjengah blog saya ni (ada la dua tiga kerat kot...hehe).


Dengan rendah hatinya, saya ingin mohon maaf zahir dan batin untuk sebarang salah silap saya dalam tutur bicara, perlakuan dan penulisan saya. Kot ada yg terasa hati ke...tersentap ke...saya minta ampun dan maaf. Saya manusia biasa, banyak khilafnya...banyak ketidaksempurnaannya. Maafkan saya ye? :)


Monday, May 23, 2016

Jualan Gudang Pertengahan Tahun Karangkraf 2016

Kalau masa PBAKL baru2 ni tak puas nak borong novel2 Karangkraf... ni masanya nak memborong lagi!!

Jualan pertengahan tahun akan diadakan bermula KHAMIS 26 Mei - KHAMIS 2 JUN 2016 di perkarangan Karangkraf. Seminggu tuh!! Ada banyak masa nak pegi... yg jauh2 luar KL nak dtg pun sempat lagi.

Meh lah beramai2 ye.... boleh sambung memborong lagi. To those yg kata tak jumpa novel saya masa PBAKL hari tu... bolehlah datang dan cari. Gerenti ada. Got discount some more, okay?? Dan kalau ada rezeki... saya akan berada di sana untuk berdiri tepi rak atau tolong anda cari novel2 saya... :)

Thursday, May 19, 2016

Singgah Santai PNM - 14 Mei 2016

Event: Singgah Santai
Venue: Perpustakaan Negara Malaysia, KL

Pictures taken during the event which was held last Saturday 14 May 2016. Alhamdulillah, everything went well. Dapat berkongsi pengalaman menulis, dapat beramah mesra dengan pengunjung dan kakitangan PNM, dapat jual novel :)
 Sesi sembang santai sedang berlangsung.
 With PNM staffs.
 Putting our signature on the poster. Tapi nmpak macam saya nak conteng tembok pulak dengan marker tu! :P
 Adam Corrie was also there promoting his book 'Ada Iman, Ada Fight, Baru Syiok!' MasyaAllah, terpukau dengar pengalaman dia setelah kembali ke Fitrah. Semoga kita semua diberi hidayahNYA.
One last pix :)
Good experience, good company... Alhamdulillah.
Inilah antara pengalaman yg saya kutip sepanjang menjadi novelis. 
Saya cuma nak menulis...bukan nak cari gaduh... tak mau kecoh2... jauh sekali nak cetuskan kontroversi. Ahkak dah tua utk semua tu, dik! :P
I just want to write in peace... :)

Thursday, May 12, 2016

Singgah Santai PNM

 
Mark your calendar... It's happening this Saturday 14th May 2016. Ada pelbagai acara menarik dan menghiburkan. Saya dan bebrp rakan novelis akan berada di sana bermula jam 10 pagi hingga 5 ptg.

Jgn lupa dtg ye!! ❤😘😁

Nota kaki: Kami mungkin tidak sepopular mana, tapi kami menulis sesuatu yg boleh mendatangkan manfaat kepada yg membacanya. Dan cerita kami bukan sekadar CEO yg kaya raya, tapi ada mesej yg tersirat di sebaliknya.

Tuesday, May 10, 2016

Mother's Day poem by AHA

Sunday 8th May, Mother's Day.

As usual, nothing special. Takde pun nak celebrate beria-ia sgt atau bergambar sakan. :P 

We just spent half of the day by going to MAEPS for book fair. Dan selebihnya, lepak2 di rumah. Mak saya pun takde kat rumah untuk saya celebrate dgn dia...she's busy ikut rombongan kwn2 melawat anak yatim ke Banting. :)

But AHA did write a poem for me. Senyap2 dia letak kat handbag saya kertas poem tu, together with an old picture of us just woke up from bed!!  Malu nak tunjuk gambar tu sbb muka mama sgt sembab, hokay? :P

Saya dgn AHA ni love-hate relationship... ;) Mungkin sbb muka kami sama kot. Org kata kalau anak-beranak muka sama ni, 'panasss' sikit... tapi ye ke?? 


AHA ni sejak baby pun, dia lbh rapat dgn papa dia. Nak apa2... mintak papa sure boleh dapat. Mintak mama byk kali pun... belum tentu dapat...hehe. Dia 'baik' dgn saya bila stress call aje... i.e nak mandi, nak buang air, nak susu dan nak tido! ;)

Bila dah besar ni pun, dia lebih byk spend time dgn papa dia i.e watching tv or movie together (sbb mama tak layan sgt tv melainkan citer yg best). Bila nak exam, papa yg monitor study dan schedule dia, make sure dia buat latihan tubi, etc... etc. Mama cuma tolong doakan je... :)

Saya ni bukanlah mak yg hebat... yang pandai serba-serbi (yg good in cooking, baking, sewing, shopping and everything) Saya juga bukan mak yg mampu buat semua benda (yg berbasikal ke sekolah anak untuk sapukan mentega kat roti... hahahaha) Saya juga bukanlah inspiring mother sgt pun... cuma mak yg biasa2 aje. Dan bila AHA tulis poem ni utk saya, saya agak terkejut jugak sebenarnya. Now only I know what she feels about me as a mother.  
  

Dear mom,
You were my cure, I was your sickness
You are trying to save me but I was pushing you
I used to hate it when you kissed me but now, just the thought of your soft lips on my cheek makes my eyes wet
I regret it all along, for doing you like this
You loved me much but I didn't seem to appreciate it
You covered your mouth and started crying when nobody's looking
I acted like it was fine, but for you it wasn't
I want to thank you for everything but I don't think you'll hear me
I want to say sorry but I don't think you'll forgive me
You found me but you lost yourself
I keep on forgetting you but you always think of me
Those days that I didn't even listen to your talks, now became the days I spent time crying
Because of my wrongs, I deserved to be punished
Thank you for everything
I used to be a cute munchkin back then
But look at me now... I grew up prettily!**
Thanks to you mama... Happy mother's day!

** yg part grew up prettily tu buat saya tergelak...perasan tul budak nih!! :))
Well, I am certainly not the most perfect mother. Not a super duper mommy. Neither a hot gorgeous mama. But I will try to be the best as I could to be the best mother to AHA. 


And the only person who can judge whether you are a good mother or not, is your own child! Am I right? ;)

Tuesday, April 26, 2016

Watching REDHA

Dah lama tak tgk movie kat cinema sebenarnya. I think the last Malay movie I watched was Manisnya Cinta di Cappodacia way back in Nov 2014. Uish... dah lebih setahun tuh!!

Tapi cerita REDHA ni... buat saya tertarik utk menontonnya. Satu, sbb ia berkisar ttg kanak2 Autisme. Kerana dalam Melodi Kasih 2, saya masukkan plot ttg anak Autistic ini sebagai salah satu konflik. Jadi, saya nak tgk sgt... adakah apa yg saya tulis itu ada persamaan dgn plot filem ini? Menurut Pengarahnya; Tunku Mona Riza... filem Redha ini berdasarkan kisah benar. Dan saya sebagai penulis Melodi Kasih 2 juga, menulis kisah yg saya dpt drp rakan2 yg mempunyai anak2 autisme. Walaupun medium kami berbeza, I believe we have the same mission. Iaitu matlamat untuk memberi pendedahan ttg kanak2 Autistic ini kpd society kita. Saya sendiri pun tak brp tahu sgt ttg kanak2 Autisme sebelum ini. Masih cetek ilmu mengenali anak2 Autictic. Tapi bila saya mula menulis MK2, saya buat sedikit research. Bertanya kpd kwn2 dan mendengar bila kwn2 berkongsi pengalaman membesarkan anak2 istimewa ni. And all those info I have gathered, saya nak kongsikan kpd mereka yg mungkin tak tahu lagi ttg Autisme. So I guess, these similarities yg buatkan saya terpanggil utk menonton filem ini.

Sbb kedua, kerana pelakon2nya. Barisan nama yg mmg talented spt Namron, Nadiya Nisaa, Remy Ishak. Even watak2 sampingan, watak kecil dan cameo pun, are/were those big names in the industry i.e Susan Lancaster, Angeline Tan, Susan Menon, Marissa Yasmin (few names I can recall).

So last Saturday, me and my 2 'bffs' (my CBNer best friend and AHA) watched this movie at TGV KLCC. It was a charity show organised by SJI 80's sbb ada retis sekali... ;)
Kita dulu kan CBN, so bila jiran kita SJI organised something, kita joined la...ukhwah gitu...hehe.

And the verdict, it's a GREAT movie!! Apa yg saya boleh kongsikan di sini... plot ceritanya simple saje tapi SANGAT menyentuh hati. Sebuah cerita ttg kekeluargaan, ttg kasih sayang, ttg pengorbanan. Doesn't have to be a movie that have posh cars, big bungalows, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin dan sebagainya. Heronya tak perlu CEO syarikat juta2. Tapi watak2 yg ditonjolkan ini cuma watak biasa2 yg ada nilai2 heroic dlm diri mereka.

Dan bagi saya, semua watak2 utama dlm filem ini adalah HERO. Danial the Autisctic boy (Harith Hazif & Izzy Reef), Danial's mother; Lin (June Lojong - A new comer in the industry tapi lakonannya cukup berkesan), Danial's father; Razlan (Namron), Danial's Aunty; Shasha (Nadiya Nisaa) and even Danial's swimming instructor; Azim (Remy Ishak). Nilai2 mcm inilah yg patut dipertontonkan. So that we can teach the society.

And I must admit, what I wrote in Melodi Kasih2 is just 20% of what REDHA is screening. Penceritaan REDHA lebih menyeluruh dan lagi deep drp apa yg saya tulis dlm MK2. Walaupun mungkin, apa yg digambarkan dlm REDHA hanya 50% saja drp kehidupan reality yg dilalui oleh Autistic parents/family setiap hari... but still, it's worth watching it.

Kpd mereka yg belum tonton REDHA, cepat2lah pergi tengok sebelum tayangannya berakhir. Filem2 yg bagus mcm ni selalunya tak lama di cinema berbanding dgn filem2 komersial. Jadi, sokonglah filem yg ada 'isi' ..tak rugi apa pun sbb ada pengajaran yg anda boleh kutip melalui filem ini.






Thumbs up to Current Pictures (from the director to the crews, the actors)... you guys made a good movie. Well done to SJI 80's and all sponsorship for this charity show.

Monday, April 25, 2016

Throwback: Majlis Prolifik 2015

Ini kejadian tahun lepas 25 April...exactly a year ago.

Apasal baru tahun ni buat entry? Sbb tahun lepas takde mood nak berkongsi.... huhu.

Kebetulan pulak, all the picture taken during the event were in my Samsung Tab. Berpuluh2 gmbr ada tapi bila Tab tu rosak...all pictures were gone!! Sedih ai!!!

So yg mana saki-baki ni saya simpan dlm phone. Sblm phone saya yg cap ayam ni pulak buat hal, might as well I keep everything here. At least ada jugaklah kenang-kenangan dlm blog ni... my journey as a small time writer :)









Dalam frame tu ada 6 aje novel. Masa tu novel ketujuh saya; DAJ belum terbit lagi walaupun dah ada atas meja editor. As at to-date, jumlah novel saya masih kekal 7.

Bila tgk jumlah tu... mulalah rasa nak hantuk kepala ke dinding.... :(

Oh maiiii... bila nak siap full novel yg ke 8 nih???





Thursday, April 21, 2016

PBAKL 2016


To all book lovers... here comes the KL International Book Fair 2016!! From 29th April to 9 May 2016!!

Do take note, it's no longer held in PWTC. Instead it's going to be in MAEPS, Serdang. So, jgn pulak naik STAR or Komuter menghala ke PWTC ya?

Kat mana MAEPS tu? Alaaa... track yg selalu org pergi drifting tu! Tempat yg selalu buat exhibition and such. It's between Putrajaya and Bangi. Gunakanlah Waze atau baca signboard...sure anda boleh sampai. ;)

Pesta Buku kali ni saya takde novel baru dengan ALAF21 sbb novel tak siap2 lagi!! :((

Tapi kalau anda teringin nak cari novel2 lama saya spt MELODI KASIH, CINTA TAK BERALIH, AKU PLIH DIA, SEMERAH RED VELVET, SAH AKU CINTA KAMU dan DIA ANAK JENERAL...insya Allah ada dijual di sana dgn diskaun menarik. Just head on to HALL A1 Booth A1058-1067, A2 Booth A2099-A2018. Anda akan jumpa berpalet-palet novel!

Cuma novel Kenangan Terindah yg mungkin tak ada... sbb KT tu mmg dah habis stok sgt2. Belum ada perancangan untuk diulang cetak unless I request to print based on demand. But currently, I have no intention of doing so.

And not forgetting, my Antologi CINTA DIA will also be at HALL C Booth A3059. Akan ada saki-baki ACD di sana jika anda terlepas untuk memilikinya sebelum ini.

Dtglah beramai-ramai ya? I know....it's quite far compared to PWTC. Tapi kalau anda luangkan masa sehari suntuk di sana, saya rasa berbaloi untuk menjelajah setiap booth sbb gerenti semua buku akan ada potongan harga.



Tuesday, March 29, 2016

Kraf Karya at Bernama Radio

ISNIN, 28 March 2016 - Bertempat di Bernama Radio, Wisma Bernama saya mempromosikan novel ketujuh saya; Dia Anak Jeneral di dalam slot Kraf Karya bersama DJ Shu.
Eh...apsal tetiba entry saya mcm berita lak? Mentang2 pergi Bernama... :))

Here are few pics taken. I had a great time in the studio with the DJ. Walaupun pada mula mcm nervous sikit...(even though this is my fourth time on air tapi saya masih gugup!!) tapi bila mula bercakap ttg dunia penulisan saya secara umum dan DAJ secara khusus, mmg saya akan excited terlebih :))



Mujur slot ni 45 minit jer. Kalau lebih, agaknya habis semua sinopsis novel saya kongsikan!! ;) I just love talking about my books and my fictional characters... because my own life now is a bit haywire!!:(

Wednesday, March 23, 2016

Majalah NUR edisi April 2016

Kot lah ada sesiapa yg nak tengok saya dan rakan2 novelis lain masak dessert... anda boleh dapatkan NUR edisi April yg sudah berada di pasaran. 

Covernya pelakon cantik Eja. 

Harganya cuma RM6.50. 

Boleh beli di kedai2 buku...kat 7-Eleven pun ada. :)




As I always say... I'm not a baker, but I can bake. Dan saya ni bukanlah rajin di dapur atau pandai sangat masak...tapi setakat sikit2 tu bolehlah untuk makan sekeluarga. Bukan nak impress or gratify anybody with my baking or cooking skill... ;)

Selamat mencuba resepi simple saya...Chocolate Blancmange!! 



Monday, February 29, 2016

Antologi Cinta Dia - feedback from readers

 It took me 7 weeks to write Melodi Kasih 2. But getting these feedback from readers are just amazing... it makes me smile forever!!










Ni review daripada Aidah

Thank you Lin, Rukia & Aidah kerana sudi berkongsi pendapat ttg ACD. ACD ni cerita secoet saja sebenarnya. Tapi bila cerita secoet macam ni mampu membuat anda membaca dan menghayatinya... saya hanya mampu ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih juta2 kali!! 

Ada lagi yang nak beli ACD? You can still do so at: 
hezzy_azra@yahoo.com





Wednesday, February 24, 2016

Di sebalik photo shoot Majalah Nur

 Throwback!!! Entry tertangguh...;)

Ini kejadian 2 minggu lepas di mana saya ada photo shoot untuk Majalah Nur. Buat dessert you!!  Memang la saya suka makan dessert... tapi sebenarnya tak reti sgt pun buat apa2 dessert melainkan yg instant aje..;)

Tapi demi permintaan editor Majalah Nur...saya buat jugaklah satu jenis dessert. Apa yg saya masak?? Surprise!! Sila beli Majalah Nur keluaran April dan tengok la apa yg saya masak...;)



 Bergambar bersama dua rakan novelis iaitu Murni Aqila dan Nurul Syahida.  Dessert diorg pun sedap2...:)


Saya bab posing ni fail sungguh. Rasa kaku!! :P
Camanalah some people tu boleh berposing dgn selambanya, kan? Turun dari kereta pun boleh posing, keluar berjalan dari cinema pun boleh posing, hantar anak dpn sekolah pun sempat posing....I'm so amazed with this kind of people...;)

Tapi tiba-tiba 'ter'ambil gambar pulak dgn pelakon2 yg tgh hot sekarang ni! Siapa lagi kalau bukan hero2 Ola Bola ('Tauke & Ali') yg kebetulan ada photo shoot sblh studio kami!! Makcik rasa sungguh kerdil di sisi budak2 tinggi ni!! :)


SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...