Friday, December 27, 2013

Close up cover Sah, Aku Cinta Kamu!

Inilah dia close up cover SACK!!

Ada banner yg tergantung, ada dart board dan petal of roses on the floor!! I loike!!!



Dan ini pula blurb belakang novel.

HANYA dengan senyuman nakal milik Raif Imran, sekeping hati Irdina sudah tertawan. Mereka berkenalan dan akhirnya menjadi teman. Namun terdetik di hati Irdina, siapa dia jika dibandingkan dengan gadis-gadis lain di mata pemuda itu? Jadi teman wanita pun masih 50-50. Jauh sekali kalau hendak diikat sebagai tunang.
Irdina Jasmin - “Hari ni dia jemput aku. Entah esok lusa dia jemput siapa pula. Pada aku, ditinggalkan keretanya. Tapi siapa pula gadis yang dipanggil ‘dear’ itu?”  

Pada Raif, Irdina teman paling istimewa. Tapi dia perlukan sedikit masa. Ada banyak perancangan di benaknya sebelum menyunting si dia sebagai suri hidupnya.
Raif Imran – “Yang saya tahu, lamaran itu membolehkan saya jadi suami awak… dan awak jadi isteri saya dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.”
Satu tragedi telah mendekatkan dua hati ini. Akhirnya mereka bergelar suami isteri. Rumah tangga yang indah dilalui dengan kasih sayang. Namun tiba-tiba, sesuatu membadai hubungan mereka. Kesetiaan dan cinta Raif dipersoalkan satu per satu.

Raif buntu. Bagaimana dia mahu meraih semula kepercayaan si isteri? Irdina pula semakin membeku. Benarkah suaminya bermain kayu tiga? Antara mereka terpaksa memendam rindu kerana fitnah dan salah sangka. 

Kepada yg berminat nak order SACK, nanti saya buka kaunter pre-order bulan Januari nanti ya? Saja tak nak buka order awal2 sbb sebenarnya SACK hanya akan berada di pasaran pada hujung Januari/awal Februari nanti. Harap bersabar ya...(ayat untuk menyabarkan diri sendiri juga...hu hu) 
Walaupun dah masuk novel ke6...keterujaan bila ada novel terbaru masih tetap sama seperti dulu!! :)

Thursday, December 26, 2013

Coming soon...next change!!

Tadaaaaa!!!

This is it!!! SAH, AKU CINTA KAMU!!! 

Ni dia poster novel2 yg bakal berada di pasaran Februari 2014!! Ada Sepasang Kurung Pink (Nureen Mirza) Legasi Pejuang 2 (Arman Jazee) dan Runcing (Zharulnizam Z.A) 
Alhamdulillah... akhirnya novel keenam saya ini akan menemui anda nanti.
Tunggu ye.... :)

Friday, December 20, 2013

Petikan # 1 - Sah, Aku Cinta Kamu!

Finally, my 6th manuscript has got it's title!! 

'SAH, AKU CINTA KAMU!' ... yg sudah semestinya bukan tajuk asal saya!! Hahaha. 

Tajuk ini ehsan daripada rakan novelis saya iaitu Cik Lynn Dayana...yg ikhlas menyumbangkan idea di waktu saya sungguh semput dan buntu memikirkannya!! Thank u friend!! I owe you one!! 

Dari hari sehari saya nak upload sedutan novel keenam saya ni. Selalu upload di FB...tapi terlupa nak upload di sini. So today, let's read the first snippet from the first chapter of SACK!! Enjoy reading...;)



Suasana sunyi di antara mereka. Masing-masing kelu untuk berkata. Juadah di depan mata dinikmati sambil minda merencana apa langkah seterusnya.
Akhirnya pemuda tersebut bersuara bila kebisuan itu membuatkan dia kebosanan. ‘‘Dah lama atuk you terima rawatan fisio kat sini?’’ Sekilas dia mengerling pinggan gadis itu yang sudah separuh kosong. Lajunya dia ni makan! Lapar sangat ke? Sempat ke aku nak berborak dengan dia? Atau paling tidak pun, tanya nama dia?
Irdina menyudahkan kunyahannya. ‘‘Hampir dua bulan.’’
‘‘Strok, kan?’’
Irdina mengangguk tanpa memandang wajah itu. Tiba-tiba terasa segan untuk menatapnya kerana ada debaran di hati tatkala bertentang mata. ‘‘Mild stroke.’’ Pasti lelaki itu mengetahuinya daripada salah seorang jururawat pelatih yang sering membantu atuk menjalani rawatan.
Keduanya kembali diam. Pemuda itu mula keresahan bila si gadis begitu berselera menghabiskan nasinya. Tak mahu tanya aku apa-apa ke? Takkan aku saja yang bercakap?
‘‘Hmm... yang you temankan tu, siapa?’’ Akhirnya Irdina panggung kepala dan bertanya. Memandangkan pemuda itu menemani lelaki yang berwajah kacukan, mahu juga dia tahu apa hubungan mereka. Kalau adik-beradik, kenapa wajah mereka berlainan walaupun keduanya tampan? Kawan ke? Atau dia ni... err... gay? Sayangnya... muka handsome tapi gay! Astaghfirullah... Nauzubillah.
‘‘Abang I... dia patah kaki sebab jatuh basikal.’’
Ahh... lega hati Irdina mendengar perkataan ‘abang’ itu kerana jelas pemuda ini masih normal. Walaupun terselit rasa curiga dengan perbezaan wajah kedua adik-beradik itu. ‘‘Abang you rider ke?’’
‘‘Peminat tegar MTB.’’
‘‘Oh...’’ Irdina mengangguk. Si abang, peminat Mountain Biking. Si adik ni, peminat perempuan ke? Kerana suka benar menegur kaum Hawa yang ditemuinya!
‘‘Err... how should I address you?”
‘‘Hmm... nak buat apa tahu nama I?’’ Irdina main tarik tali. Kalau dia tanya nama aku, pasti aku akan tahu nama dia. Mahu diberitahu nama betul atau nama tipu?
Mendengar soalan itu, pemuda itu tahu perlunya memberikan justifikasi. Tidak mahu disalah anggap dengan niat murninya untuk berkenalan. ‘‘Dah duduk semeja macam ni tapi tak tahu nama you... rasa tak syok pulak, kan? Kita pun akan selalu jumpa di unit fisio tu. At least for the next month or so...’’ Dia mula memikirkan perancangan masa panjang. Berkawan biar seribu. Apa salahnya jika dia menambah seorang lagi kawan dalam senarainya.
Irdina diam seketika. Ya... pastinya mereka akan berjumpa lagi pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk minggu-minggu seterusnya. Kalau selepas ini berselisih bahu, takkan hendak disapa dengan ‘hai’ sahaja tanpa memanggil nama? ‘‘Hmm... Idin.’’
‘‘Idin.’’ Pemuda itu mengulanginya dengan suara perlahan dan bersulam senyuman.’’Comel nama tu.’’
Irdina hampir tersedak mendengar pujian itu. Ni second pick-up line ke? Ish... pandainya dia ni mengayat! Dan suara dia bila sebut nama aku... kenapa romantik semacam aje? Irdina sudah tidak tentu rasa.
‘‘And how should I address you? Kalau kita satu lif lagi selepas ni... at least for the next month or so?’’ Rasa ingin tahu Irdina melonjak.
Pemuda itu melemparkan senyuman bila terasa dirinya diperangkap dengan ayat yang serupa. ‘‘Raif... Raif Imran.’’ Mindanya sudah memeta perancangan seterusnya. Ada sesuatu pada Idin yang menarik perhatiannya... gaya yang selamba dan bersahaja itu mengingatkan dia pada seseorang yang cukup dekat dengan dirinya.

Senyuman itu telah berjaya mengocak hati Irdina sepanjang hari. Dan hari-hari seterusnya, dia tidak mampu membohongi diri. Senyuman itulah yang mahu ditatapnya setiap kali berkunjung ke hospital pada hari Rabu dan Sabtu. 

Monday, December 16, 2013

Bolingku Bolingmu Jua (Lepak-lepak Novelist & Novelholic)

Date : 7th December 2013
Venue : Q-Bowl, Bukit Beruntung Golf & Country Club

Aktiviti berentap di bowling alley bersama penggemar-penggemar novel (Novelholic) bersama Novelist yang dianjurkan oleh adik2 Novelist (Weeda Airiza, Herna Diana, Azilah Wahab, Liyana Zahim, Rania Firdaus).

Dah lama juga saya tak pegang bola boling ni... sbb asyik main boling kat Samsung Galaxy Tab tu aje...:P

Dan bila ada peluang macam ni, sudah semestinya saya akan join.
My team mate; Aza, Nurul & Nabil yg sporting & cekal semangat! (Pix credit of Nurul)


We won 5th place with 851 points


I won the Best Player (Novelist) with 233 points. Tak la terror benor tapi bangga jugak la kiranya!! Hehhe. Ada lagi skill boling saya rupanya, ek? Ngee....

Pix credit of Laila Kamila.



Ni score masa first game...103 utk balingan yg ke 9

With the all the players & supporters.

 Well done to the organiser!! I must say that it was a great moment to everybody. Dapat main boling sama-sama. Dapat berjumpa dan berborak mesra dgn GENG HANTU NOVEL dan pembaca2 yg lain. Kalau ada lagi event macam ni di sekitar Klang Valley...pasti saya akan join lagi jika kelapangan. Best pulak rasanya bila dah dapat gelaran 'Pemain Terbaik Novelist' nih... ahaks!!

Thursday, December 12, 2013

Hi Tea Reunion (CBN 1990)

Date : 9th November 2013
Venue : Royal Selangor Golf Club

The 40 year old ladies in 4 rows!!

 We have a doctor, a baker, a florist...
 ...and also a lawyer, a teacher...
 ....an entrepreneur, an investment consultant....
 ...a banker, house wives...



We come from different back ground and walk of life...but when we meet, we can still have the same fun and share the same jokes...just like the old days!!

Dah lama berlalunya event ni, tapi baru skrg saya sempat nak update kat sini. Biasalah... saya kan agak lemau bila time meng update blog sejak kebelakangan ni. Age factor, I guess... :P

Great job by the committee members!! Yg telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 50 ex student CBN 1990. We really had a great time...the smiles, the laughters. Bayangkanlah kalau dah bertahun-tahun tak jumpa. Ada yg  saya tak berjumpa lebih 10 tahun. Atau mungkin 20 tahun, ever since we left CBN!!  And this Hi Tea has brought us back together.

Some of them, pernah satu kelas dgn saya.
Ada yg satu rumah sukan dgn saya (Pauline house....umah biru!!) dan kami sama2 masuk cheer leader group. Pakai skirt putih dan baju biru bersama pom-pom yg dibuat dgn tali rafia terkinja2 di stadium dan juga tepi jalan Federal Highway masa berlangsungnya CHOGM...;)
Ada yg saya kenal sejak dari sekolah rendah.
Ada yg tukang kejutkan saya bila saya tertidur dalam kelas (esp subjek Commerce...hahaha)
Ada yg geng dgn saya masa rehat dan lepas waktu sekolah aje (sbb kami tak pernah satu kelas).
Ada yg pinjamkan saya homework Maths (sbb saya Math ni tak berapa nak cerdik sgt...selalu kena tanya kawan...hehe).
Ada yg sama stayed back every Tuesday dgn saya sbb kami joined 'Kelab Editorial & Sidang Redaksi'. These are few memories I can recall. Sebenarnya byk lagi walaupun mungkin tak sebanyak geng2 yg lain...(yg lebih adventurous drp saya...hehe) but I do cherish those moments.

Saya mungkin tak ramai kawan... tapi saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yg masih keep in touch dengan saya sehingga kini. Yg saya boleh pick up the phone and call them if ever I need any favour from them. Yg faham dgn perangai saya. Yg menerima saya seadanya. Yg tahan nak layan saya merapu entah apa benda.... hehehe.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything ~ Muhammad Ali

Thursday, November 21, 2013

Bila hero-hero saya meluah rasa...;)

MELODI KASIH - 

It's not the vehicle you drive, or the speed you do...it's the driver that mesmerized me! 

{SMS from Ahmad Fariq to Zahara Inas}

KENANGAN TERINDAH - 


Sorry, won’t be able to meet you for teh tarik this evening as I have an appointment with a client.
Instead, I’ll pick you up at 8 tonight for dinner… 
Your so called ‘Financial Controller’, Akmal 

{'Bill No 1' from Akmal to Marisa}



CINTA TAK BERALIH - 

Larra: R u ok? Where r u? 

Shaq: I ok ke? X ok sgt! I kat mana ya? Hmm... jauh drp u.

Larra: Jauh mana? Smp beribu KM ke?

Shaq: Jauh... smp I kena renew pasport! There goes my RM300! 

Larra: Haha... teruklah u ni, Shaq. Duit renew pasport pun nak berkira! So, r u on business trip? O
r on vacation?

Shaq: RM300 is still money... registration fee utk open track day di SIC, tau! Haha... Well, I’m 

on vacation but I’m giving these people here, a LOT of business! 

Larra: ‘Here’ tu kat mana? X nak beritahu I ke? 

Shaq: U akan tau bila I balik minggu depan.

Larra: Lama lagi...

Shaq: Rindu ke?

Larra: Rindu nak menyakat you! Hehee...

Shaq: Oh... ye ke? I pun rindu nak disakat. Haha. Nnti tggu di basement minggu depan. 

Meanwhile... take good care of urself, ya? Sediakan payung sebelum hujan... J


Larra: U 2. Not 2 worry. sehari dua ni x hujan kat sini.


Shaq: Berkat doa I sepanjang masa kat sini... sbb kalau hujan, I tak ada kat sana nak 
payungkan you... 

{FB Chat between Shaqril Hafizi & Larra Kirana}



AKU PILIH DIA - 

Ian R: Sometimes I just wish I’m still in Glasgow... tak pening kepala macam ni nak mulakan projek.

Johana: U wish to be in Glasgow?


Ian R: Sana semua dah ada... just need to concentrate on my work. But here... need to do 
everything from scratch... A to Z!


Johana: Kat sana semua ada?? R u sure abt that?


Ian R: ???


Johana: I takde kat sana...

Ian R: I am laughing...

Johana: Gotcha!


Ian R: Yeah... u’ve got me! That’s why I’m stuck here... 


{Yahoo Massenger between Ian Redza & Johana}



SEMERAH RED VELVET - 



T: Tak tau nak ckp camana… tapi Rai sayang abg sgt2. 


Y: You make me feel like a woman


T: Terima kasih sbb sayang abg & jadi isteri abg


Y: You make me feel brand new… and my life is complete with your sweet & sexy ways…



{'Stick on notes' between Emir Hadhri & Raina}


Ok... untuk novel seterusnya... S.A.C.K... camana Raif Imran meluah rasa ya???!!!

Tungguuu.... bila si player ini bersuara...ahaks!

Saturday, November 16, 2013

My 6th manuscript...

Syukur Alhamdulillah, akhirnya manuskrip keenam saya berjaya dinoktahkan pada hari Selasa 29 Oktober 2013 bersamaan 24 Zulhijjah 1434H jam 1.30 am.

Lega teramat sangat. Saya mula menulisnya secara serius pada bulan Mac 2013...sesudah SRV berada di pasaran. Sedangkan sebenarnya idea utk manuskrip ni dah lama dlm kepala. Infact I have thought about it way back in 2010. Cuma saya tak cukup rajin nak menulisnya. Masih tergedik2 suka bila SRV dah terbit....hehehe.

Dan sesudah 7 bulan mengadapnya, mengulitnya, memimpikannya.... akhirnya saya hantarkan ke tangan editor pada hari Jumaat 1 November 2013 bersamaan 27 Zulhijjah 1434H jam 2.30 pm dalam keadaan hujan yang sungguh lebat mencurah ke bumi.

Ni gambar di tol Batu 3 Shah Alam, about to rain. Sampai je di Shah Alam...lebat giler hujan!!


Selesai satu langkah... ada beberapa langkah lagi selepas ni. Dan pada hari Jumaat 15 November bersamaan 11 Muharam, saya menerima khabar gumbira iaitu manuskrip ini sudah lulus ujian penilaian. Hopefully, the editing process will go smoothly. And hope it will be published soon... (err...how soon can it be??) Bila nak menulis bukan main lembab... tapi bila publish, tahu pulak nak cepat-cepat, ek?? Kekkeke.   

Apa-apa pun, nantikan sedutan yang mungkin akan di upload di sini dan perkembangan seterusnya. Okay, love? ;)




Thursday, November 14, 2013

Novel2 menarik untuk November & Disember 2013

Dah nak masuk tengah bulan November ni...adakah anda sudah mendapatkan novel2 keluaran November 2013 dari ALAF 21?? 
Ni saya siarkan poster November... ada LYNN DAYANA (CINTA PENCURI MIMPI) dan DAMYA HANNA (BERIKAN AKU BAHAGIA) Novel kengkawan saya tu.. ;) 
Sila dapatkan secepat mungkin sebab tak lama lagi novel keluaran Disember 2013 pulak yg akan berada di pasaran!!  Pun ada novel kengkawan saya jugak...EKA FAHARA (BUKAN DIA TAPI AKU)



Wednesday, November 13, 2013

Been a looongg time...

Assalamualaikum semua....

WOooooo.... this is my worst track record ever!!! It has been a loooonnggg time since the last entry in July!! And now dah masuk tengah bulan November!!! Mak aiii... lamanya tak menulis kat blog ni!! Dari bulan Ramadan beralih ke bulan Syawal... rombongan haji pun dah selamat pergi dan selamat balik, Muharam pun dah menjengah, umur pun dah meningkat dari angka 3 di depan kepada angka 4 di depan... ish... ish...teruknya!!! Sampaikan nak mula menulis tadi, macam terkial-kial sekejap tak tahu nak mula dari mana...hu hu. Macam baru first time blogging pulak. Cuma nasib baik ingat lagi password nak log in!!

Ada ke yg rindukan entry saya? Err... rasa-rasanya, macam tak de jer...:P
Kenapa ya , saya lama tak update blog?

Sebenarnya,  saya ada byk topik  nak cerita...terlalu byk hinggakan TAK TERCERITA semuanya...:P
Dan saya juga terlalu sibuk nak siapkan manuskrip yang keenam. TERLALU sibuk hingga tak sempat nak buka blog... :P
Nak buat ulasan English Premier League pun, Man United asyik seri...kalau tak seri...kalah jer...so dah malas nak ckp lebih2...:P

Boleh diterimapakai ke alasan tu? Walau apapun... selepas ni, saya akan cuba utk lebih berdisiplin dan consistent dan committed utk update blog ini. Mungkin tak ramai pun yang menjenguk ke sini, followers pun bukannya ribuan....but still, it's unfair to just neglect the blog which I have created since 2007. Tak nak tinggalkan lama-lama hingga berhabuk, bersawang dan mungkin akan dimakan anai-anai...;)

So my fellow readers, stay tuned with me, okay? In sha Allah akan ada entry lagi lepas ni. Lebih-lebih lagi bila saya sudah berjaya menamatkan manuskrip keenam saya!! Would love to share with you my latest hero...;)

Monday, July 22, 2013

Membeli sambil bersedekah...di bulan Ramadhan yg mulia ini.

Salam Ramadhan kpd semua pengunjung blog.

Alhamdulillah... dah 13 hari kita menjalani ibadah puasa dan masih berbaki 16 hari lagi. Mudah2an segala amalan kita diterima olehNYA setakat ini dan kita mohon keberkatanNYA utk hari2 yg selebihnya.

Sudahkah anda memiliki novel2 saya ini? Berminat utk memilikinya? Teruja untuk membacanya?




Sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini, jika anda membeli SALAH SATU drp novel2 saya ini, RM3 drp harga pembelian anda AKAN DISEDEKAHKAN ke PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT JAGAAN SRI MESRA.


Rumah kebajikan ini diusahakan oleh rakan-rakan saya. Do check out the link: https://www.facebook.com/PertubuhanKebajikanPusatJagaanSriMesra

Harga2 buku saya adalah seperti berikut.
1. MELODI KASIH -RM18
2. KENANGAN TERINDAH - RM19.9
3. CINTA TAK BERALIH - RM18
4. AKU PILIH DIA - RM22
5. SEMERAH RED VELVET - RM21

Harga poslaju adalah RM6 (flat rate) utk satu buku. Tapi jika anda membeli lebih drp 1 buku, harga pos akan dikira lain. (Saya kena check semula dgn pos laju)

Jika anda berminat untuk membeli novel-novel yg tersebut di atas dan sekaligus bersedekah, anda boleh email saya di
Hezzy_azra@yahoo.com.
atau PM saya di laman Facebook
https://www.facebook.com/hezzy.azra

Untuk meluangkan masa dan tenaga berkhidmat serta memberi bantuan di sana, kdg2 kita tak sempat (saya ambil contoh diri saya sendiri). Bila difikirkan semula, ini adalah salah satu amal jariah yang boleh saya lakukan sebagai bekalan DI SANA nnt. Dan tangan anda yang memberi itu adalah LEBIH MULIA daripada tangan yang menadahnya.

Kesimpulannya, marilah kita bersedekah sambil membeli dan membaca.

Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

Moga segala amalan kita diterima olehNYA. Amin Ya Rabbal Alaamin...

P/S: Kenapa saya mempromosikan novel2 saya ini di bulan Ramadhan/Syawal  (selain drp ambil keberkatan di bulan yg mulia ini)? ;)
1. Dalam CINTA TAK BERALIH... Larra 'terpisah' dgn Shaq sehari sblm Ramadhan. Dan berjumpa semula utk seketika masa Syawal yg kedua...:)
2. Dalam SEMERAH RED VELVET... Raina dan Emir bernikah sblm Ramadhan. Dan majlis resepsi diadakan pada penghujung Syawal.

Err...ada kaitan ke sebenarnya?? Tak kesahlah, kan? ;)

Wednesday, July 03, 2013

Tak tahu nak bagi tajuk apa entry ni...

Dah lama tak jenguk blog sendiri... bila jenguk semula, dah masuk bulan Julai rupanya. Sepanjang bulan Jun, satu entry pun tak ada!!

Where have I been? No where... kat sini2 aje.

Busy kah saya??

~ Busy pergi wedding. Bermula dari minggu pertama June hingga ke minggu terakhir...tiap2 minggu ada wedding.
~ Busy ber'gathering' dgn kengkawan. Lunch laa... tea laa... coffee laa...
~ Busy menulis!! Ahaks... macam tak percaya jer ek?? Takde la busy menulis sampai tak hengat segala... tapi ada jugak la one or two nights, saya berjaga sepanjang malam semata2 nak menulis. Terlelap la jugak 5-10 minit... lepas tu basuh muka, sambung balik menulis. Semangat tuh!! ;)

Ok...enough for the time being. Cukup la sekadar pemberitahuan... that I'm still alive and kicking! :)



Friday, May 17, 2013

SRV went on air...

Di konti MySuara FM mempromosikan SRV. Terima kasih kpd pihak Alaf dan MySuara FM kerana memberi peluang kpd saya untuk 'bersuara'...:)
Mohon maaf jika ada kesilapan atau keterlanjuran kata semasa 'Segmen Bicara Buku' yg berlangsung semalam. Ya.. ada ketika saya okey...ada ketika saya blank sekejap...hu hu. Bila mcm ni, mulalah saya rasa... I prefer writing than talking. I can express more by writing than talking to people...;)
Walau apa2 pun, saya harap anda yg mendengar saya on air smlm, akan terhibur dan terbuka hati untuk baca SRV & APD...:)


Wednesday, May 15, 2013

Dengarkan...

Dengarkan...
Esok ya... 16 Mei 2013 dari jam 2 - 3 ptg...
di My Suara FM!!
I'm on air!!

Happy Teacher's Day to all teachers out there... i.e guru2 yg pernah mendidik saya, rakan-rakan saya yang bertugas sebagai guru dan semua pembaca-pembaca blog/karya saya yang bergelar guru!! Anda pendidik bangsa dan agama... jasa anda semua terlalu besar untuk diungkap dgn kata-kata. 

Monday, May 13, 2013

Mother's Day, Man United & Manuscript

Saya rasa tiap2 thn dlm bulan May, pasti akan ada entry saya yg tajuk sebegini...'Mother's Day, Man United & Manuscript'... mcm dah jadi laporan tahunan pulak! :D

Mother's day- As usual, tak ada celebration apa pun. Just another day when 3 of us had breakfast together at home. Bila saya masuk ke bilik AHA untuk check dia dah kemas katil atau belum... I found one heart shape note on the blanket that says "Happy Mother's Day Mama...I love you!"


Oh ok...hari ini AHA rajin kemas katil, susun bantal, lipat selimut dan letak heart shape note ini...(sempena hari Ibu) Kalau tidak, saya kena suruh dia kemas baru dia nak kemas...:p. Apa2 pun, appreciate her little efforts today (for making-up the bed & the self made note!) Yes...mama love you too!! Walaupun mama selalu marah2 awak...selalu leter2 awak...selalu geram dengan awak...tapi nama awak tak pernah tertinggal dalam doa selama 11 tahun mama jadi mama awak.

Minum petang pula, saya ke rumah mak dan berkumpul adik beradik sambil makan2 kek dan mi goreng mamak. Alhamdulillah, kami berpeluang duduk semeja dgn mak lagi. 
Mak yg akan ajak saya dtg makan di rumah setiap kali dia masak sedap2. Mak yg akan tanya "kenapa dah lama tak call?" kalau saya tak telefon dia lebih daripada dua hari. Mak yg akan telefon saya jika dia mahu kemana-mana. Mak yg akan cuba masak apa2 saje yg anak menantu dan cucu2 request... baik nasi kerala mahupun jemput2 ikan bilis!! 


Manchester United - Sebelah malam, tengok MU menjulang trofi BPL untuk kali ke 20!! 13 kali di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson yg telah berkhidmat selama 26 tahun. That man is retiring from being a Manager/Coach... dan game terakhir mlm tadi menentang Swansea adalah sebagai tribute kpd dia. So sambutan pun besar-besaran di Old Trafford. 


Winning goal by Ferdinand at 87th minute


Lifting up the trophy with the Captain; Vidic.

And next season bila tengok BPL...dah tak nampak lagi la orang tua ni melompat-lompat dari kerusi bila players dia score, muka merah2 marah players atau referee atau kunyah chewing gum throughout the 90 minutes!! :) Next season, tak tahulah apa nasib MU bila the legend SAF ni dah takde. Err...nak sokong team lain, lah!! ;P


Manuskrip- Masa musim BPL 2011/2012 berakhir tahun lepas, saya tengah sibuk berulit dgn Raina dan Emir Hadhri. Masa MU kalah dgn Man City, saya pun tgh frust menonggeng sbb manuskrip saya baru quarterly done masa tu. Emir dan Raina pun belum kahwin lagi masa tuh...hehe. Sungguh lembab progressnya.

Dan tahun ni bila BPL musim 2012/2013 tamat, saya tetap frust (w/pun MU menang) sbb manuskrip ke6 saya masih di takuk yang tidak memberangsangkan!!! Huwaaa!!! Aduhai...kalau musim BPL 2013/2014 bermula bulan Ogos nanti dan saya masih lagi begini...mmg kena hantuk kepala di dinding agaknya!!

Inilah dia perkaitan antara ketiga2 subjek di atas...:)

Setiap tahun dalam bulan Mei... inilah pengukur tahap prestasi saya!! :P

Wednesday, May 08, 2013

Coret-coret PBAKL di PWTC

Pesta Buku Antarabangsa KL sudah pun berakhir pada Sabtu 4hb Mei yang lepas. Berakhir dlm keriuhan dan kesibukan PRU13 yang juga sudah berlalu pada 5hb Mei.

PRU13!!! Err...buat masa ni, saya belum bersedia untuk menulis atau komen apa2 ttg PRU13 (err...macam calon yang kalah bertanding aje!! :P) I will have another entry about my voting experience or GE13 in general, some other time... bila keadaan dah sejuk sikit. Coz right now, the 'heat' is still on...tersilap cakap atau tersalah tulis nnt... will blow things out of proportion. Or to make things worse... keadaan akan menjadi lebih kritikal!! Peace everyone!!

So, mari kita cerita tentang yg indah2 dan santai2 saje. ;)

Sudah lama sebenarnya saya tidak bertugas di PWTC sempena PBAKL. Kali terakhir rasanya pada tahun 2009 (masa tu KT saya baru 5 bulan diterbitkan) Dan selepas 2009, saya menjejakkan kaki di PWTC hanya sebagai pengunjung yang meramaikan lautan manusia di sana. Al-maklumlah... saya ni bukan keluar novel tiap2 tahun. Kalau ada pun novel, keluarnya bukan musim PBAKL. Maka, ketiadaan saya di meja penulis tu mmg sudah dijangkakan...hehe.

PBAKL kali ini, menemukan saya dengan :-

1) pembaca yg mengumpul kelima2 novel saya. I really thank you all for that esp Puan Latifah, yg dah ada satu set novel saya di rumah, tetapi beli satu set lagi yang baharu kerana inginkan tandatangan penulis TIDAK DIVA seperti saya ni. I am so touched!!!

2) pembaca yg pertama kali membeli novel saya. Mainly pembeli SRV... saya ucapkan terima kasih juga kpd anda. Moga 'red velvet Raina' memenuhi citarasa!

3) pembaca yg dah lama mengikuti karya kecil-kecilan saya dan kami bersembang di FB. Di PWTC akhirnya kita berjumpa spt Kak Nor, Kak Wan, Kak Norizam, Safiah, Tulip Desa and a few others. Maafkan saya jika tertinggal nama anda... tetapi saya tetap hargai kehadiran anda!! Means a lot to me!!

4) rakan2 penulis yang hebat2 belaka...antaranya Nazurah Aishah (penulis Jemari Seni) yang baharu kali pertama bersua muka. Satu perjumpaan telah diatur antara saya dan dia lantas kami bertukar SRV dan BHAK (hehe... macam ada press conference pertukaran MOU la pulak!!) Thank you sis Naz for reading my novels!! And congratulations on your birth of Bukan Hanya Ada Kita (BHAK...am reading it!)

5) rakan2 yg dah tak berjumpa bertahun2 lamanya i.e Marziah (ex classmate), Kak Siti Mazlin (senior in CBN), Anie (junior in CBN), Ina (we used to go to the same tuition centre). Alhamdulillah,  good to see all of you again after almost 20 years!!

These are some of the pics. Terima kasih byk2 krn sudi tag saya di FB...:)
 Bersama adik-adik novelis yang hebat; Liza Nur & Weeda Airiza
Bersama kakak-kakak novelis yang gempak; Haiza Najwa, Raihan Zaffya and our Chief Editor; Puan Saadiah.

Tahun depan 2014, adakah saya akan berada di PWTC semula?? Semuanya bergantung kpd manuskrip ke 6 yang sedang saya usahakan ini!! Talking about it....adoooiii.... rasa nak menjerit dan meraung aje!!! Where's the momentum???

Thursday, April 25, 2013

Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC (26 April - 5 Mei)

PBAKL@Pesta Buku Antarabangsa Karangkraf 2013 akan bermula SATU (1) hari lagi!!!

Jom ramai2 ke PWTC dan temui saya di Dewan Tun Dr Ismail pada 1hb Mei 2013 bersamaan hari Rabu!!

Serta dapatkan diskaun menarik utk pakej empat novel keluaran Mac 2013 i.e Semerah Red Velvet dan kawan2 iaitu Hati Kita Satu, Cinta Bunga Tulip dan Abah, Adik Nak Kahwin for only RM67!!

Ini jadual penuh penulis yang bertugas di PBAKL pada 1-4 Mei nanti. Bolehlah anda susun semula jadual kedatangan anda jika mahu bertemu dgn penulis2 yg hebat itu!!!

Monday, April 22, 2013

Sepetang di MPH Alamanda



Bertempat di MPH Alamanda, Putrajaya hari Sabtu lepas... pihak GBK telah mengadakan sesi temu mesra bersama pembaca untuk saya dan Laila Kamilia. Inilah antara gambarnya.

Terima kasih kpd yg sudi hadir dan sudi membeli SRV!!
Moga anda terhibur membaca SRV sambil makan cuppies Red Velvet tuh! :)

SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...