Monday, December 01, 2014

Review Filem 'Manisnya Cinta Di Cappadocia'


Bertempat di Panggung GSC Pavilion KL, saya berkesempatan menonton tayangan perdana (Premier Show) filem MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA pada hari Selasa 25hb November yg lepas. 
Filem ini diadaptasi daripada novel Kak Anis Ayuni MANISNYA CINTA (yg gambar VW Beatles red color tu....ingat tak??) Kalau cover VW Scirocco putih atau Polo GTi merah tu, ai punya cover....ahaks!! Tapi ada ke novel saya gambar2 tu??? Ke saya yg terbayang2?? :P


Filem ini diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw, Redfilms & Global Station. Diarahkan oleh Bernard Chauly. Skrip ditulis oleh Rafidah Abdullah. Para pelakonnya (spt dlm poster di atas)...diterajui oleh Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Ogy Ahmad Daud, Zaibo, Eija, Faizal Hussein dan ramai lagi.


After reading the novels (years ago) and watching the movie (duration of 90 minutes)...
and below is my comment (komen drp saya yg tak berapa pandai sgt nak komen sebenarnya...hehe)

Kalau nak compare novel dan movie... saya rasa sgt tidak adil. Sbb pendekatan novel lbh kpd curahan isi hati dan emosi. Tapi kalau movie, it's how things being visualised.

Dari segi jalan cerita, saya kira tema dan pokok persoalannya tetap sama; baik dalam  novel ataupun filem. Ia berkisar ttg kisah Ifti Liyana yg sedang mencari2 cinta sejati. All of sudden, muncul Nazmi dlm hidupnya gara-gara berebut puding karamel. And everything moves from there. Kalau dlm novel, saya rasa lebih byk plot but of course utk filem, tak semua plot boleh dimasukkan. Tapi kira puas hati jugaklah sebab kesinambungan plot itu tetap menarik. From one scene to another tu, ada continuity. Tak adalah, tetiba rasa lost mcm... eh, apasal pulak mcm ni??

Sinematografi yg menarik dgn lokasi2 yg cantik di sekitar Turki. Skrip yg kuat (ada catchy, sinikal, sweet & spontaneous). Lakonan yg mantap, from the lead actors/actresses sampailah ke extra2. Everybody plays their role well. Boleh nampak kematangan Fazura jika dibandingkan masa jadi heroin GOL & GINCU dulu tu. And even watak Eija yg saya rasa muncul tiga scene aje kot... pun boleh buat penonton terkesan dan emosi. Pemilihan pelakon tu saya rasa kena dan tepat. Walaupun ada yg kata, kenapa Shaheizy Sam jadi Nazmi... but as for me, there's nothing wrong with him being Nazmi the hero. Acting dia natural apa? Atau mungkin saya tak ada expectation masa baca novel ni dulu kot... so tak bayangkan sesiapa...hehe. Lainlah kalau novel hero sendiri, kan? Of course I know who's who... siapa Fariq, Akmal, Shaq, Ian, Emir & Raif! ;)

Ada scene sedih, ada scene kelakar. And of course, scenes yg sweet2 gitu. Dah nama filem pun Manisnya Cinta, kan?? Overall, it's a worth watching film. Kalau anda peminat tega novel MANISNYA CINTA, memang anda patut tonton filem ni. Tapi jgn compare novel dan filem. You need to watch it with open mind, baru dpt feel dan appreciate. Kalau anda tak pernah pun baca novel ni, pun saya rasa anda harus tonton filem ni. Because after watching it, you might want to read the novel. 

Nantikan tayangan serentak di pawagam pada 11 Disember 2014 akan datang!!!
Don't miss it!! Dengarlah cakap akak ni...pergilah tengok!! Akak jarang review movie sbb mmg jarang tgk movie...hehe. 
Tapi akak rasa tak rugi pun kalau tengok filem ni. Kalau tak suka pelakon, boleh tengok pemandangan Turki. Tak suka tgk pemandangan, boleh tengok muka Fazura & Lisa yg cun tu. 
See?? You have all the reasons to watch this movie!!  

Sinopsis filem:
Mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam) telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.

Namun bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Ifti Liyana nekad meninggalkan Nazmi tanpa penjelasan. Apakah kesudahan cinta Ifti Liyana dan Nazmi?

Sunday, November 23, 2014

Sekitar acara BowlingkuBowlingmu Jua

Date: 15 November 2014
Venue: Melaka International Bowling Centre, Lingkaran MITC

Berakhir sudah acara boling anjuran Kelab Alaf21 pada hari Sabtu lepas. It was a great event. Terima kasih kpd pihak AJK yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini. Walaupun saya salah seorang AJK, saya mengaku yg sumbangan saya sangat kecil...and therefore, credit should go to the rest of the committee members.

Gelaran Juara Novelist yg saya sandang pada tahun lepas, dah terlepas dari tangan saya tahun ni....hu hu. Dah memang dijangka pun... sbb bila first few throws dah masuk longkang...saya dah tahu yg saya bakal mengalami 'zaman kejatuhan'!! (Eksen terlebih punya statement!!) Muahahaha

So, with that...terima sajalah ketentuanNYA...:) Saya hanya berjaya jatuhkan 177 pin dalam dua game. Dan group saya, mendapat tempat keempat secara keseluruhan. Tapi team player saya, Hazwan...telah memenangi gelaran Juara Novelholic dengan 325 pin. Adik Hazwan nilah sebenarnya life saver kami....tanpa dia...mungkin group kami dapat tempat last kot...hehe.

Here are few pics taken. Ada gambar saya dengan Dazrin (retis tu...hehe) He was one of the palyers too.












We had a great time. In sha Allah, acara ini mungkin akan dijadikan acara tahunan.
Till we meet again next year...weather in JB or Penang...:)

Monday, November 03, 2014

Antara pencapaian SAH, AKU CINTA KAMU!

Menduduki tangga keenam dalam senarai jualan terlaris sepanjang bulan Ogos 2014.
This is after 7 months SACK being published.


 Menduduki tangga ketujuh dalam senarai Top 10 Pilihan Pembaca utk tempoh 1-15 Oktober 2014.
This is after 9 months SACK berada di pasaran.
Menerima tawaran dana penulis daripada Perpustakaan Negara Malaysia. So now, you'll be able to grab a copy of SACK in all national libraries across the country. Kalau rasa tak nak beli SACK utk dijadikan koleksi, bolehlah pinjam dari library...:)


Saya tak penah rasa menulis novel sesuatu yang mudah. Utk menyiapkan satu novel dgn ketebalan antara 500-600 mukasurat, sering buat saya lelah. Saya bukan penulis yang mampu menaip berpuluh-puluh mukasurat satu hari. Dapat siapkan satu bab sehari pun saya dah berpuas hati. Saya bukan penulis yang rajin utk tulis beberapa manuskrip dalam satu masa. Saya hanya fokus kpd satu manuskrip berbulan-bulan lamanya.

Jadi, bila ada small achievement macam ni... I would say, it'a big thing for me. Bukanlah pencapaian besar mana pun, tapi utk penulis kecil-kecilan spt saya, yg sering menghadapi kepayahan utk menulis... saya rasa pencapaian ini sudah cukup baik utk saya. It's a personal achievement. Alhamdulillah... Allah masih beri saya rezeki dalam bidang penulisan ini.

Kepada yg telah membaca SACK dan enjoy membacanya, saya ucapkan terima kasih kerana menerima kekurangan dan kelebihan Raif Imran & Irdina Jasmin...:)
Kepada yg telah membaca SACK dan hampa krn SACK tidak memenuhi citarasa anda, saya pohon maaf. Saya akan cuba menulis dgn lebih baik lagi utk manuskrip ketujuh.
Kepada yg baru beli SACK semasa jualan gudang Karangkraf semalam, saya ucapkan selamat membaca dan moga terhibur.

P/S: November 2013, SACK sedang dalam proses penilaian oleh editor.
November 2014, saya masih terkial2 menulis manuskrip ketujuh...
Oh Noooooooooo!!!!!

Tuesday, October 28, 2014

Jualan Gudang is around the corner!!

Jom reramai ke Jualan Gudang di Pekarangan Karangkraf bermula Jumaat 31 Oktober - Ahad 2 November 2014. Kalau selama ni payah nak jumpa novel2 lama saya di kedai2 buku, meh datang beli kat sini. For sure ada.... and very sure, ada diskaun :)

Ni senarai novel2 lama saya. Sila cari SAH, AKU CINTA KAMU!...SEMERAH RED VELVET... AKU PILIH DIA...CINTA TAK BERALIH...KENANGAN TERINDAH... MELODI KASIH.

Nak cari novel2 terbaru ALAF21 pun ada.

Ni hah...novel terbitan September, Oktober dan November 2014. Boleh beli mana yg berkenan....:)

Tapi jangan cari novel baru saya... sebab saya tak habis tulis lagi!! Muahahaha.





Monday, October 27, 2014

Bolingku Bolingmu NovelistNovelholic 2.0

Acara boling ni dah masuk kali kedua diadakan. Kalau tahun lepas di Bukit Beruntung Golf Club, tahun ni bakal diadakan di Melaka International Bowl. Kira mcm acara tahunan utk geng2 novelist Alaf21 dan pembaca2 novel.

Ada di antara anda yg berminat nak turut serta? Semua syarat2 penyertaan ada di dalam poster di bawah ni.
Penyertaan masih dibuka hingga 31 Oktober 2014.

Jom kita berentap main boling!! Ai taklah terror sgt boling ni...tapi ai menang gelaran Juara Keseluruhan Kategori Novelist tahun lepas...hehe. Ada lagi ai simpan plaque tu...walaupun dah terpecah skit...huhu.



Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah...

Bismillahirrahmanirrahim

It's been a lonngggg time since my last entry in July.

Sepanjang tempoh Julai hingga Oktober ni... macam-macam yg dah terjadi. Dan Alhamdulillah, I'm still alive and kicking!

Byk benda nak cerita sebenarnya...tapi tahap kemalasan saya melebihi segala...hahaha. Bila umur pun dah bertambah satu lagi angka, actually I have more stories to share. But then again, NOT ALL stories can be shared. Some are too petty to tell and some are too personal to reveal.

Memandangkan hari Jumaat ni merupakan hari terakhir dalam tahun Hijrah 1435, saya ingin memohon maaf jika sepanjang saya berblogging ni, ada tulisan saya yg menyinggung perasaan. Atau sebarang tulisan saya di dalam keenam-enam novel itu yg tidak menyenangkan. Masa hari raya Aidilfitri dan Aidil Adha yg lepas, saya tak berkesempatan menulis entry utk meminta maaf.

Kali ini, dengan serendah-rendah hatinya... saya pohon maaf banyak-banyak. Kita tutup buku lama dengan bermuhasabah diri dan kita buka buku baru dengan semangat utk memperbaiki diri.

Salam Maal Hijrah utk semua.


Fadilat membaca Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Barangsiapa membacanya doa akhir tahun maka berkatalah syaitan: Kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun.

  • Barang siapa membacanya doa awal tahun maka bahawasanya syaitan berkata: Ia telah amanlah anak Adam itu daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.


Monday, July 14, 2014

World Cup 2014

World Cup 2014 is over!!! And yes... GERMANY is a new world cup champion!!!

Team yg saya sokong sejak tahun 1990 lagi. After 24 years, they won the World Cup again. Kalau dulu team di bawah bimbingan Franz Beckenbauer mengalahkan Argentina 1-0, kali ini team Joachim Loew menumpaskan Argentina  dengan 1-0 juga hasil jaringan Mario Gotze. Kalau dulu saya tengok final game ni sorang2 kat rumah...tapi pagi tadi tgk dgn hubby. Dan dia pulak nakkan Argentina menang...huh!! Mujur kami tak 'berperang!' :D

The Germans deserved it!! Laluan mereka in the beginning macam smooth aje. In Group G matches... they became no 1 with 7 points after defeated Portugal 4-0, defeated USA 1-0 and draw with Ghana 2-2.  

During round 16... they had to struggle to defeat The Algerians 2-1. Masa ni, saya berbelah bahagi sikit...saya sokong Germany tapi kalau Algeria menang pun, saya sokong jugak. Baru la ada twist & drama dlm world cup kali ni. Baru thrill sikit bila underdog team kalahkan team besar!! ;)

Masuk quarter final...they won over France 1-0. Masuk semi final...saya rasa suspen sbb mereka akan berdepan dgn tuan rumah. Tapi bila minit ke7 aje Muller dah score... I got the feeling they can make it to the final. And I was right after the big winning of 7-1 over Brazil. 

Actually, I was hoping for Germany to meet Holland for the final. Masa tu baru boleh nampak which team is really the best. Sbb saya rasa, Holland pun cemerlang kali ni. Awal2 dah 'bungkus' Spain 5-2. Lepas tu, menang penalty 4-3 dgn Costa Rica... a tough fight. Tapi sayang, Holland kalah dgn Argentina peringkat semi final. They played better...but they didnt have the luck! Tapi kalau Germany vs Holland... saya tetap akan sokong Germany. Tapi kalau Holland menang... saya sokong Holland...hahaha...tetiba jadi lalang! :P


 The winning goal at 113 minutes
 The German celebrates the World Cup - goalie Neuer, Klose, Lahm, Ozil, Khedira...just to name a few.

Few interesting facts about the German players in this World Cup:-
  • Germany have now reached a World Cup final in each of the last seven decades (1954, 1966, 1974, 1982 1986, 1990, 2002 and now 2014). And they won the World Cup in 1954. 1974, 1990 and 2014.
  • This is the third World Cup final between Germany and Argentina. They met in successive finals in 1986 and 1990, with each team lifting the title (3-2 Argentina in 1986, 1-0 Germany in 1990).
  • Miroslav Klose has scored more World Cup goals than any other player in history and as many as the entire current Argentinian squad (16).
  • Müller (2010 and 2014) and Klose (2002 and 2006) are the only players in history to score 5+ goals at consecutive World Cup tournaments.
  • No German player has created more chances for their teammates in the 2014 World Cup than Mesut Özil (15).




Congratulation to The Dutch for winning the 3rd place after defeated Brazil 3-0.

Bila berakhirnya World Cup... maka lepas ni tak adalah lagi 'hiburan' semasa bersahur...hehe. Bolehlah fokus semula pada manuskrip yang tertangguh itu ya..!! Tapi lps ni nak raya pulak dah...agenda dan timing sure berubah lagi. Isk...isk...byk betul dugaan nak siapkan manuskrip ke 7 nih!! ;)

Sinar Harian edisi Ahad 13 Julai 2014

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pengalaman-rakan-jadi-sumber-inspirasi-hezzy-azra-1.299092

Ahad minggu lepas, 6hb Julai... genap 15 tahun arwah abah saya kembali kepada PenciptaNYA. Kalau arwah masih ada... saya rasa, mesti arwah akan beli Sinar Harian edisi 13 Julai ini beberapa naskah. He surely will file this newspaper cutting...
Al-Fatihah untuk arwah...

Thursday, July 03, 2014

Novel2 terbaru Alaf21!!

Ini novel2 terbitan ALAF21 yg SUDAH berada di pasaran!!
Pandora Untuk Insyirah- Anis Ayuni
Awak Jangan Nakal- Murni Aqila
Cinta Jangan Tipu- Emma Maizura
Ku Kejar Kau Lari-Raihan Zaffya
Cinta Top Secret- Laila Kamilia
Memang Dia Orangnya- Weeda Airiza
7 Warna Cinta-Fida Rohani
Siapa Tak Sayang Bini-Nur Insyirah


Dia Mimpi Indahku-Rozita Abdul Wahab
Tak Cinta Tak Apa-Zuri Yanie
Sapu Tangan Biru-Juriah Ishak
Dia Doktor Hatiku-Radz Izara

Ini novel2 ALAF21 yg BAKAL berada di pasaran!!
Sorry, Aku Bukan Dia-Iza Zafiya
Akulah Si Jelita-Syaida Ilmuna
Tolong Cari Suamiku-Asmah Hashim
Petaka Nyawa-Riduan Jidin

Sudahkah anda mendapatkan koleksi novel2 ini???
Kalau belum, sila dapatkan di kedai2 buku berhampiran atau tempah melalui


P/S: Setiap kali keluar poster novel baru, saya rasa tension!! Rasa nak ketuk aje kepala yg seolah2 beku utk menulis manuskrip ketujuh nih!!! Help!!!
Ini dah masuk bulan Julai...sudah melebihi daripada setengah tahun. Tapi manuskrip saya, it's not even half yet!! Oh nooooooooooo!!!!


Tuesday, July 01, 2014

Antara World Cup dan manuskrip...

World Cup is back!!!

Dah dua minggu bermulanya WC ni...baru hari ni saya buat entry, ek? :P

Bukan sebab saya tak follow (saya tahu Spain juara bertahan 2010 dh awal2 balik kampung, England pun sama...Portugal pun...hehe) cuma mungkin kegilaan saya terhadap World Cup 2014 Brasil ni agak berkurangan sedikit berbanding WC2010. Lagipun utk round 32 hari tu, byk sgt team nak tgk. So what I did, I just watched the highlights jer. Yelah, kan...bila umur dah meningkat ni...fokus lebih kpd perkara2 lain...(sedar pun diri!!) :P

Tapi bila dah masuk round 16 ni... baru best nak follow. Baru rasa thrill sikit sebab team yg masuk round 16 ni...ada yg expected, dan ada yg unexpected. For the next quarter final...we will see:-

1. Brazil vs Columbia.
Neymar vs James... the 2 young convincing players
2.Holland vs Costa Rica
The Van Gaal's boys vs the underdog
3. Germany vs France (My all time favourite team...Germany. Tapi pagi tadi, saya berpaling tadah sbb sokong Algeria!! )
Muller vs Benzema
4. Argentina vs USA? or Switzerland vs Belgium??
Mlm ni kita tengok...:)

Dengan perlawanan2 yg bakal berlangsung ini, saya terpaksa mengakui yg proses penulisan manuskrip ketujuh saya ini, bakal terganggu sikit!! :P.

Tapi seperti kata husband saya...excuses, excuses, excuses!! Bila tak menulis, saya 'salahkan' World Cup...padahal, sebelum bermulanya World Cup, takde pun saya gigih menulis!! Hahaha.

Apa2 pun, saya tahu dan saya sedar.... saya harus terus menulis. Saya juga akui, momentum saya agak perlahan kali ini. Sudah masuk 3 bulan saya 'berulit' dengan Syirin & Zakhif... tapi pencapaian saya selama 3 bulan ini sungguh tak memberansangkan. Kalau 3 bulan ni tempoh probation dlm dunia pekerjaan...mahunya saya kena extend tempoh probation!! Muahahaha.

Kena fokus!!!

Write...write...write...
Football...football...football...
Kuih raya....baju raya....duit raya... :P

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Kareem...

Bismillahhirohmanirohim...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua yg sudi menjenguk blog saya ni.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada sebarang kesalahan dan kekhilafan sepanjang saya berblogging ini. Kalau ada tulisan saya yg tidak menyenangkan ke...yg tersilap di mana-mana ke... yg sengaja atau tidak, harap2 semuanya itu dpt dimaafkan. Dan marilah kita sama-sama berdoa, moga amalan2 kita utk Ramadhan kali ini adalah lebih baik drp tahun sebelumnya, diberkati dan diterima olehNYA. Amin...


Ini nak cerita tentang novel2 saya sikit...


Sudahkah anda memiliki keenam2 novel ini? Berminat untuk membelinya?
Bermula dari hari ini, saya ada buat promosi sehingga hujung Ramadhan. Apa promosinya?

UNTUK SETIAP NOVEL yg anda beli terus daripada saya, RM3 drp harga novel tersebut akan DISEDEKAHKAN ke PERTUBUHAN KEBAJIKAN PUSAT JAGAAN SRI MESRA. Rumah kebajikan ini diusahakan oleh rakan saya utk menempatkan warga2 tua dan kurang kemampuan. U can check out the link:
https://www.facebook.com/PertubuhanKebajikanPusatJagaanSriMesra


Harga novel2 saya adalah spt berikut:
1. SAH, AKU CINTA KAMU! -RM23
2. SEMERAH RED VELVET - RM21
3. AKU PILIH DIA - RM22
4. CINTA TAK BERALIH - RM18
5. KENANGAN TERINDAH - RM19.9
6. MELODI KASIH - RM18

Harga poslaju adalah RM6 (flat rate) utk satu (1) novel. Tapi jika anda membeli lebih drp satu novel, harga pos akan dikira lain. Yg ni saya akan quote anda semula berdasarkan rate poslaju.

Berminat nak membeli dan bersedekah? Anda boleh email atau PM saya di
Hezzy_azra@yahoo.com
https://www.facebook.com/hezzy.azra

Membaca sambil bersedekah....moga amalan kita ini diberkatiNYA. Amin...

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa


Hadith: 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Thursday, June 19, 2014

And the winner is...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah...
SEMERAH RED VELVET telah menang dalam kategori BUKU PILHAN-KATEGORI NOVEL FIKSYEN ALAF21 sempena ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 yang diadakan pada hari Sabtu 14 Jun 2014 yang lepas!

This is the plaque I won!!
And these are few pics taken...
The theme colour is white & pink. Sbb tu anda akan nmpak kami semua bagai berada dlm perhimpunan Puteri UMNO...hehehe








 Happy?
- Of course! Siapa tak happy bila menang sesuatu, kan?? Dapat menang hadiah keychain kat fun fair pun happy, ye tak? Inikan pulak klau dpt plaque kaca mcm nih!;)

Terkejut??
-Of course! Lebih2 lagi bila saingan SRV sgt sengit. Berikan Aku Bahagia adalah sebuah karya penulis diva iaitu Damya Hanna. Cintaku Bukan Murah, hasil karya Aleya Anessa yg telah menghasilkan berbelas novel. Cinta Pencuri Mimpi, hasil karya Lynn Dayana yg cukup terkenal dgn genre romantic-comedy dan catchy. Mr London Miss Langkawi, karya Herna Diana yg juga terkenal dgn novel yg meletops. Apa kelebihan SRV yg ditulis oleh novelis ikan bilis mcm saya ni??
{Mungkin jawapannya ada di tangan anda yang telah mengundi SRV.}

Syukur?
-Of course! Setelah SRV dilabelkan sebagai karya saya yg paling ringan dari segi konflik dan santai dlm gaya penceritaan, semestinya saya bersyukur diberikan kemenangan ini. Ada di kalangan pembaca yg kecewa dgn SRV... kata mereka, novel yg langsung tak mencabar minda. Tetapi ada juga kalangan yg sukakan SRV... kerana kata mereka, novel ini cukup dekat dgn hati mereka. With these positive and negative comments I received, I shall say that winning this award is like a remedy to me!

Seperti yg saya pernah katakan di dalam entry sblm ini...jika SRV menang, bukan kerana SRV sudah cukup bagus berbanding novel2 lain. Tapi ia rezeki daripada ALLAH SWT utk saya. Tetapi jika SRV kalah, bukan kerana SRV tidak bagus...cuma ada novel yg lebih bagus daripada SRV.

Dengan kemenangan ini, saya kira SRV bukan sudah cukup bagus...tapi ALLAH SWT dah tentukan rezeki ini utk saya (for whatever reason that only HE knows)

Terima kasih kpd pihak GBK yg menganjurkan majlis berprestij ini (kalau boleh, tahun depan anjurkan lagi! hehe) Terima kasih kpd pihak Alaf21 terutamanya editor saya; Lis (yg pening2 kepala agaknya ketika mengedit SRV dua tahun lalu. ;) Terima kasih kpd rakan2 novelis yg bersama meraikan kemenangan ini. Dan akhir sekali, jutaan terima kasih kpd pembaca dan pengundi SEMERAH RED VELVET!! Kemenangan ini adalah kemenangan kita!!


Sinar Harian Edisi Ahad 15 Jun 2014:

"Sukar untuk digambarkan perasaan saya selepas diumumkan pemenang bagi kategori ini, Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rezekinya. Perasaan gembira dan terharu bercampur baur ketika ini. Bagi saya, kejayaan ini juga untuk milik peminat setia HA yang banyak menyokong novel saya. Begitu juga dengan keluarga dan pihak penerbit yang terus bagi kata-kata semangat untuk saya berkarya."


Friday, June 13, 2014

Tomorrow is the day!!

Assalamualaikum semua...salam Jumaat.

Today is Friday the 13th, tomorrow will be Saturday the 14th...hari berlangsungnya ANUGERAH GRUP BUKU KARANGKRAF 2013 di mana menyaksikan Semerah Red Velvet dipertandingkan dalam kategori 'Buku Pilihan Kategori Novel Fiksyen Alaf21'.



Esok saya akan ke Vivatel Hotel, tempat berlangsungnya majlis anugerah ni. Menang atau kalah, itu kan adat bertanding. Tersenarai dalam top5, saya dah kira dapat bonus. Seandainya SRV menang, itu kira saya dapat bonus extravaganza!!

Kalau SRV menang, bukan bermakna novel yang lain tu tak bagus...cuma rezeki berpihak kepada saya. Tetapi kalau SRV kalah, bukan bermakna SRV tidak bagus... cuma belum cukup bagus setanding dengan yang menang itu. Think positive!!!

Ini ada artikel yg boleh saya kongsikan tentang perlu dan pentingnya diadakan majlis anugerah ini. Artikel hasil tulisan sifu chief editor Sinar Harian...

AGBK SUATU LANGKAH MEMARTABAT PENULIS

Sabtu ini, para penulis Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari akan berhimpun di majlis Anugerah Grup Buku Karangkraf(AGBK). 

Buat julung-julung kalinya GrupBuku memberi pengiktirafan kepada golongan penulisnya. Sebagai sebuah syarikat buku yang terbesar dengan jumlah penulis yang paling ramai di Malaysia, ia mampu mengadakan anugerah khas yang dikhususkan untuk para penulisnya.

AGBK adalah suatu majlis yang amat signifikan buat golongan penulis. Ia bererti, kerana anugerah ini adalah kemuncak kepada segala bentuk pengiktirafan daripada syarikat kepada para penulisnya.

Pengiktirafan ini bukannya upah perniagaan seperti menaikkan kadar royalti, menambah jumlah cetakan, memilih premis tersohor untuk mempamer buku para penulis atau memberikan promosi yang gah untuk penulis yang akhirnya menguntungkan penerbit secara langsung. Sebaliknya, imbuhan ini berupa pengiktirafan, langsung merayakan kejayaan penulis-penulis itu sendiri.

Belum tentu pengiktirafan ini menjanjikan keuntungan besar buat penerbit kerana golongan penulis belum begitu terkenal seperti golongan artis bilamana sesebuah anugerah itu akan menaikkan nilai dan harga bayaran kepada artis yang memenangi anugerah.

Justeru, sesebuah kemenangan itu tidak semestinya meledakkan jualan buku penulis tersebut pada keesokan hari. Kerana itu, penerbit belum tentu mendapat pulangan besar.

Namun, penerbit ingin meraikan penulis dan memartabatkan mereka sebagai golongan yang sewajarnya diberi penghargaan. Dalam konteks majlis anugerah, soal keuntungan bukannya agenda utama penerbit. Yang utama adalah ikhtiar penerbit menggembira dan mengglamorkan penulis. Inilah hadiah sebenar penerbit kepada penulis.

Hargailah kerana bukan semua penerbit sanggup memartabatkan para penulisnya sebegitu rupa dengan cara begini.


SEPERTI ADA CINTA

Blurb: Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari...